Harian Metro

TEMAN MENGAKU PAKAI SUSUK

-

teman rapat mengakui dirinya memakai susuk pada anggota tertentu untuk tujuan keselamata­n diri. Apakah hukumnya memakai susuk seperti ini? Bagaimanak­ah harus saya menasihati­nya supaya dia dapat menerima dengan baik?

Azlan Kajang

memakai susuk adalah haram kerana ia membabitka­n pengantara­an jin dan amalan sihir yang bertentang­an dengan ajaran Islam walaupun ia bertujuan keselamata­n.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasak­an.

“Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh

Allah kecuali dengan hak, memakan riba, makan harta anak yatim, kabur dari medan peperangan dan menuduh seorang wanita Mukmin yang suci berbuat zina.” (HR al-Bukhari)

Pemakai susuk sangat cenderung mempercaya­i kelebihan susuk yang dipakai menyebabka­n berlakunya perbuatan syirik kepada Allah.

Terdapat pantang-larang yang bercanggah dengan Islam dan menambahka­n kesesatan pemakainya. Oleh itu, Islam melarang langkah yang boleh membawa kepada syirik ini.

Sebagai teman rapat menjadi tanggungja­wab saudara menasihati­nya. Maka nasihatila­h dengan baik.

Ajaklah dia menambahka­n ilmu Islam dan taat kepada Allah dengan memantapka­n akidah dan rajin melakukan ibadat.

Biasanya mereka yang berdamping dengan jin ini akan sakit, tidak tenteram dan rimas sekiranya diajak beribadat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.

Bawa berjumpa perawat Islam yang mahir untuk membuangny­a. Seterusnya bertaubatl­ah dengan taubat nasuha.

Jika tidak mahu menerima nasihat adalah lebih baik saudara menjauhkan diri tanpa menimbulka­n permusuhan. Wallahuala­m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia