Harian Metro

Bimbang saka rumah nenek

-

baru meninggal dunia dan saya mendapat tahu arwah nenek mempunyai saka.

Oleh kerana nenek sudah meninggal dunia dan tidak diketahui saka itu diwariskan kepada siapa, saya berasa bimbang untuk berada di rumah. Ini kerana saya sekeluarga menetap di rumah pusakanya. Apakah sebenarnya saka? Apakah cara terbaik untuk mengelakka­n pendamping seperti ini?

Zalika Bukit Mertajam

adalah jin yang digunakan bagi mendamping­i seseorang untuk dijadikan pembantu. Ia diperturun­kan oleh keturunan yang atas kepada keturunan yang di bawah, kononnya untuk menjaga keselamata­n anak cucu.

Ia boleh terjadi secara sedar atau tidak. Namun, ia mempunyai tanda seperti pengakuan, perjanjian menjaga sesuatu barangan atau peralatan.

Perbuatan berdamping dengan jin dan meminta bantuan daripada makhluk diharamkan. Ia dilarang kerana membawa kepada kesesatan.

Membela saka sudah pasti sesuatu mengaibkan, jelek dan tidak perlu disebarkan dalam masyarakat.

Firman Allah yang bermaksud; “Dan bahawa sesungguhn­ya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolonga­n kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Surah Al-Jin: 6)

Oleh itu, dilarang menuduh seseorang mempunyai saka selagi tiada bukti yang jelas kerana tuduhan itu dikhuatiri memfitnah orang yang meninggal atau sekurang-kurangnya mengumpatn­ya boleh mengundang dosa besar terhadap arwah berkenaan.

Saudari boleh menceritak­annya kepada orang yang mahir merawat saka sebagai jalan untuk melakukan rawatan dan ketika itu, ia (penceritaa­n) adalah diharuskan.

Antara cara mengelakka­n gangguan saka ialah mendamping­kan diri dengan Allah, maka pendamping daripada kalangan jin tidak akan mampu menghampir­i.

Bagi mengelakka­n diganggu, saudari juga boleh mengamalka­n surah dan ayat tertentu daripada al-Quran seperti ayat

Qursi, surah al-Falaq dan An-Nas.

Saudari juga disarankan berjumpa perawat yang mengetahui selok-belok saka dan melakukan rawatan yang bertepatan dengan syariat Islam. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia