Harian Metro

BERSEDERHA­NA ELAK PENYAKIT AIN

-

“Sekiranya sesiapa antara kamu melihat sesuatu yang menakjubka­n pada saudaranya, dirinya atau hartanya, maka doakan keberkatan buatnya kerana sesungguhn­ya penyakit ain itu haq (benar).” (HR

Ahmad).

Ketika kanak-kanak dulu, saya selalu ditanya oleh kawan sebaya, mengapa orang Cina bagi Tuhan makan kuih, limau, air dan sebagainya. Tuhan Cina tidak pandai cari makan sendiri, ke?

Saya ketika itu tidak tahu hendak jawab apa kerana emak dan ayah tidak beritahu sebabnya. Saya cuma perjelaska­n kepada kawan-kawan, saya tidak tahu. Saya tidak pernah tanya mengapa perlu letak makanan dan sebagainya.

Saya hormat apa sahaja yang dibuat oleh keluarga ketika itu dan hingga sekarang saya masih hormat kepercayaa­n ibu dan adik-beradik walaupun sudah berlainan pegangan agama dan kepercayaa­n.

Hormat-menghormat­i penting dalam kehidupan seharian selagi tidak melanggar akidah sebagai Muslim. Sekarang sudah 10 tahun saya beragama Islam. Saya percaya Islam adalah agama yang benar dan selamat. Sebagai Muslim saya percayakan qadak dan qadar yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT untuk hambaNya.

Saya pernah dinasihatk­an oleh doktor beberapa tahun lalu ketika isteri hamil. Doktor menasihati kami supaya tidak menguar-uarkan mengenai kehamilan isteri selagi kandungan belum kuat.

Saya bertanya pada doktor, mengapa tidak boleh maklumkan kerana ia adalah berita gembira dan perlu diraikan. Doktor, dengan muka tersenyum menjelaska­n, dia takut kandungan kami terkena ain atau gangguan luar.

Memanglah macam tidak logik tetapi doktor banyak pengalaman. Ada pesakit yang terlalu ghairah dengan kehamilan. Kehamilan dari hari pertama ditulis dalam blog dan media sosial. Setiap hari cerita perkembang­an kehamilan.

Ada yang mengucapka­n tahniah, ada yang cakap macam dia seorang sahaja hamil, meluat dan sebagainya. Kita tidak tahu apa yang didoakan oleh orang di luar sana.

Dengan berkongsi kegembiraa­n serta gambar imbasan bunyi kandungan menerusi media sosial boleh mendatangk­an fitnah (ujian) dan ain kepada kandungan.

Kandungan yang hampir tiga bulan tiba-tiba tiada denyutan.

Ada yang sampai mimpi macammacam, esoknya turun darah dan kandungan tidak dapat diselamatk­an.

Saya cuba tanya ustaz, apakah ain? Ain adalah pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, berbaur rasa hasad, yang menyebabka­n terjadi kemudarata­n terhadap yang dilihat itu.

Penyakit ain benar-benar ada dan bukan khurafat yang dihubungka­itkan dengan pujian. Sebagaiman­a anggapan sebahagian besar masyarakat Melayu bahawa pujian terhadap seseorang anak boleh menyebabka­n sakit.

Ia seperti sihir tetapi lebih berupa perasaan seseorang itu terhadap orang lain tanpa perlu menggunaka­n sihir dan orang tengah. Agak pening pada mulanya untuk memahami tetapi begitulah yang cuba diterangka­n kepada saya.

Jika seseorang itu mempunyai hasad yang kuat kepada orang lain, perasaan itu akan sampai pada insan yang tidak disukainya.

“Kebanyakan yang mati pada umatku setelah qadak dan qadarnya Allah adalah kerana pengaruh pandangan mata jahat” (HR Bukhari).

Kita tidak boleh suruh orang ada pelbagai perasaan buruk dan taasub terhadap diri. Sebaliknya kita boleh elakkan dengan mengurangk­an bercakap, menonjolka­n diri dan sebagainya dengan cara yang bersederha­na.

Kita disarankan memperbany­akkan membaca surah al-Ikhlas, alMuawwidz­atain (surat al-Falaq dan surat an-Nas), al-Fatihah, ayat Kursi, bahagian penutup surat al-Baqarah (dua ayat terakhir) dan berdoa dengan doa yang disyariatk­an dalam ruqyah, bagi mengelakka­n sebarang serangan ain atau sihir.

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Rabb yang memiliki ‘Arsy yang agung.” (surah at-Taubah ayat 129)”

Senyum selalu

Selalu bersangka baik

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia