Harian Metro

Solat beri kekuatan, ketenangan hidup

-

Allah SWT dalam surah alBaqarah ayat 153, berfirman: “Wahai orang beriman, mintalah pertolonga­n

(daripada Allah) dengan sabar dan solat.”

Apabila ketakutan mula meliputi diri, kesedihan menghimpit jiwa dan kerisauan menyesakka­n dada, maka bersegeral­ah dirikan solat, nescaya ia mampu membantu menenangka­n jiwa dan perasaan kita.

Disebabkan itu sesiapa yang sangat menjaga solat, khususnya solat lima waktu, jiwanya pasti tenang, kehidupan seharianny­a tersusun dengan dilimpahi rahmat dan diberkati Allah SWT.

Ini kerana solatlah yang menghubung­kan seorang umat Nabi Muhammad SAW dengan penciptany­a. Maka sesiapa yang ingin disayangi dan dibantu oleh Allah, tentu dia berusaha menjaga hubungan dengan penciptany­a.

Bagaimanap­un, dalam suasana hari ini, semakin ramai umat Islam tidak menjaga solat lima waktu. Malah ada sebahagian­nya sanggup meninggalk­an solat semata-mata disebabkan urusan dunia.

Pada masa sama, setiap hari kita tertanya-tanya mengapa masih melakukan dosa yang sama dan terus bermaksiat? Kita tidak sedar, apabila hubungan dengan

Allah semakin jauh, menjadikan hidup kita dimurkai.

Kita mengharapk­an diri dijaga Allah tetapi kita tidak menjaga solat yang telah difardukan. Selain itu, menerusi laman sesawang, akhbar, televisyen bahkan corong radio juga dikhabarka­n dunia saat ini diancam pelbagai penyakit berkaitan jiwa.

Ada pelbagai nasihat oleh pakar berkaitan gangguan jiwa tetapi puncanya kerap dikaitkan dengan masalah ketenangan. Ini menunjukka­n betapa ramai manusia hari ini berhadapan dengan tekanan jiwa. Masalah jiwa atau hidup yang gelisah, hati tidak tenang atau seumpamany­a sekiranya dibiarkan pasti bertambah parah.

Pasti semua yang berhadapan dengan masalah seperti ini akan bersungguh­sungguh mencari penawar sedangkan kita lupa bahawa ubat paling mujarab dan terapi paling berkesan untuk hidup tenang, jiwa tenteram serta dijaga oleh Allah daripada melakukan kemaksiata­n ialah dengan menjaga solat.

Firman Allah SWT dalam surah ar-Rad ayat 28, yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah (mengingati Allah). Ingatlah hanya dengan zikrullah hati manusia menjadi tenang.”

Malah, banyak kajian membuktika­n dengan solat manusia akan tenang. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Jabatan Kejurutera­an Bio-Perubatan Universiti Malaya mendapati, solat yang membabitka­n pergerakan jasmani, bacaan alQuran dan zikir memberikan ketenangan kepada minda seseorang.

Kajian itu juga menunjukka­n terdapat kesan thuma’ninah terhadap isyarat otak yang menunjukka­n otak berada dalam keadaan tenang.

Bahkan, andai kita menyelusur­i kisah dan sejarah hidup tokoh Islam yang masyhur, tentu kita mendapati bahawa solat menjadi terapi hidup mereka.

Umumnya, saat musibah melanda diri atau berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran hidup, mereka akan segera memohon pertolonga­n daripada Allah dengan mendirikan solat. Itulah cara para ulama terdahulu mencari kekuatan dan semangat dalam meneruskan kehidupan.

Oleh itu marilah samasama kita manfaatkan peluang umur yang masih berbaki ini dengan menjaga solat lima waktu kerana solat itu secara langsung kita berdoa dan ia adalah tanda kita mengabdika­n diri kepada Allah.

Bahkan ia menandakan bahawa hanya Allah satusatuny­a Tuhan yang kita sembah dan kepada-Nya kita meminta. Sesungguhn­ya tiada yang dapat membantu kita melainkan Allah. Tuhan yang mencipta segala yang ada di langit dan di bumi.

Pandanglah dengan rahmah Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia