Harian Metro

TERUS DIABAI LEPAS BERKELAHI

-

saya terlalu mengikut perasaan apabila suami bernikah lain tanpa pengetahua­n saya. Saya memarahi suami termasukla­h menggelark­an dia pengecut kerana tidak mahu berdepan untuk meminta kebenaran bermadu.

Malah, saya juga meminta dia melepaskan saya agar saya boleh mencari lelaki lain untuk menggantik­annya. Dia menjadi berang dan menyatakan akan keluar rumah tetapi tidak akan menceraika­n saya.

Saya bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa ketika itu tetapi menyesal apabila anak pula menjadi mangsa. Suami dengan sengaja memulau sebarang mesej yang kami (saya dan anak-anak) hantar kerana dendam.

Saya buntu kerana memikirkan status hubungan kami, selain mahu mencapai kata sepakat mengenai tanggungja­wabnya terhadap anak apabila kami berpisah. Apakah sepatutnya saya lakukan?

MAMA Kuala Lumpur

Dang Setia bersimpati dengan nasib puan yang digantung tidak bertali oleh suami hanya kerana terasa hati dengan kata-kata puan. Dalam situasi ini memang normal untuk puan berasa marah dengan tindakan suami berkahwin lain tanpa pengetahua­n.

Tidak ramai wanita sanggup dimadukan. Justeru, perubahan sikap puan daripada isteri lemah lembut kepada individu menuturkan kata-kata kasar dan provokatif tanda betapa marah, kecewa serta terluka atas tindakan itu.

Menyebut mengenai marah, tidak dinafikan kadangkala ia di luar kawalan dan dalam situasi ini, sukar untuk puan bersikap rasional dan suami menjadi punca kepada perubahan itu seharusnya akur dan memahami.

Sebaliknya, dia memilih untuk melakukan sesuatu lebih melukakan termasuk membabitka­n anak dalam permasalah­an berkenaan. Sehingga satu tahap puan menjadi mangsa kepada ketidakadi­lan iaitu tindakanny­a menggantun­g puan tidak bertali.

Sejujurnya, menggunaka­n pendekatan berkenaan sebagai solusi kepada masalah rumah tangga, pada Dang Setia, ia keterlalua­n. Selepas lebih 11 tahun mendirikan rumah tangga, suami sepatutnya lebih matang dan tidak menambah keperitan puan itu dengan beban lain.

Puan selaku isteri sewajarnya menuntut hak seperti ditekankan syariah mengenai tanggungja­wab suami terhadap isteri sama ada dari segi nafkah zahir mahupun batin yang sudah terabai hampir dua tahun.

Islam memelihara hak isteri dan anak serta puan perlu mendapat pembelaan sewajarnya. Jangan disebabkan istilah ‘sudah ada madu sepah dibuang’ si suami langsung lupa amanahnya iaitu isteri dan anak dimiliki satu ketika dulu.

Cuba pendekatan memujuk iaitu mahu perbincang­an dan penilaian adil mengenai kedudukan puan serta sesandainy­a gagal, puan mempunyai hak menerusi perundanga­n Islam dengan membabitka­n pihak tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia