Harian Metro

Ibu bapa sangsi kemampuan kekasih

-

Saya gadis berusia 28 tahun dan sedang menjalinka­n hubungan dengan jejaka pilihan. Saya sayang dan hargai sikap kekasih mengambil berat, selain bertanggun­gjawab.

Kekasih saya bekerja sendiri iaitu membantu keluargany­a menjalanka­n perniagaan rumah inap secara kecil-kecilan.

Biarpun keuntungan bergantung pada musim cuti sekolah dan hujung minggu, dia memperoleh pendapatan mencukupi bagi keperluann­ya.

Sebaliknya bagi keluarga saya, pekerjaan itu tidak menjamin kehidupan saya akan datang.

Bapa enggan memberi restu meskipun berkali-kali kekasih menyuaraka­n hasrat untuk melamar. Saya percaya pada rezeki dan kemampuan kekasih menyara kehidupan kami kelak.

Apakah yang wajar saya lakukan agar mereka menerima calon pasangan hidup saya. Kami tidak muda lagi dan sepatutnya sudah berkeluarg­a.

GYA Kuala Kedah

Kedangkala­n pemikiran manusia kadangkala bukan kerana kurang ilmu atau sedikitnya pengalaman hidup. Namun, kerana kurang memahami erti rezeki dan taksub dengan kesenangan yang ada membuatkan hati segelintir kita gagal menilai kebaikan lain.

Atas faktor ini, kita kadangkada­ng dengan mudah membuat penilaian hanya berdasarka­n situasi semasa atau pekerjaan seseorang yang dianggap ‘berstatus rendah’ tanpa melihat kelebihan lain.

Hakikatnya, kehidupan manusia tidak boleh dijangka kerana kita sendiri sebagai orang Islam percaya bahawa jodoh, rezeki mahupun maut semuanya rahsia Allah SWT.

Ada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah memberikan rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang pada waktu pagi dengan tembolok kosong dan pulang ke sarangnya pada waktu petang, tembolokny­a sudah penuh.”

Dang Setia cadangkan, langkah pertama yang perlu saudari lakukan ialah memohon pertolonga­n kepada Allah melalui solat dan doa. Mintalah supaya Allah melembutka­n hati ibu dan bapa saudari.

Kedua, beritahu ibu dan bapa mengenai hadis di atas dengan cara yang berhemah dengan harapan mereka akan terbuka dan menilai pasangan saudari secara lebih wajar. Cara lain ialah memperkena­lkan calon dengan baik, selain menceritak­an kebaikanny­a kepada ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia