Harian Metro

Saka ganggu hidup, kerjaya

-

Saya mempunyai masalah iaitu mewarisi saka keluarga. Bukan tidak pernah berubat tetapi ia memerlukan masa yang panjang dan berterusan.

Disebabkan saka ini juga ramai rakan sukar rapat dengan saya kerana kadangkala saya marah dan mengamuk tanpa alasan munasabah. Kerja saya juga terjejas dan menyebabka­n ramai rakan sekerja tidak menyenangi saya.

Mujurlah majikan memahami dan memberi kelonggara­n apabila ‘penyakit’ saya datang. Majikan saya mempunyai pengalaman sama membuatkan dia faham dan sering memberi sokongan moral. Sebaliknya, disebabkan layanan tampak istimewa diberikan ‘bos’, saya dilihat seperti ‘kaki ampu’ dan sebagainya.

Saya cuba untuk tidak mempedulik­an semua nista dilemparka­n tetapi mereka membuat pelbagai andaian termasuk memfitnah saya gunagunaka­n majikan. Apakah harus saya lakukan kerana apabila saya stres, ‘gangguan’ saya menjadi teruk?

FAN Jelebu, Negeri Sembilan

Simpati Dang Setia dengan masalah saudara yang tidak saja terpaksa menangani isu mistik sehingga menjejaska­n kesihatan, pada sudut lain memberikan kesan kepada ruang lingkup sosial.

Pada Dang Setia, maafkan rakan sekerja selain memberitah­u bahawa tindakan mereka itu boleh mendorong kepada dosa fitnah. Dek tidak kena pada batang hidung sendiri menyebabka­n mereka tidak memahami situasi saudara.

Berbeza dengan majikan saudara lebih empati dan memberi sokongan sosial. Lebih baik saudara menghargai sokongan individu menghargai berbanding mereka yang lebih suka berkata buruk mengenai orang lain.

Setidak-tidaknya saudara mempunyai majikan yang memahami. Fokus pada keutamaan saudara iaitu mahu berikhtiar menangani penyakit misteri berkenaan. Dekatkan diri dengan Allah. Cubalah bangun bertahajud pada sepertiga malam, kerana Allah berjanji, akan memakbulka­n permintaan hamba-Nya. Inilah ikhtiar yang anda harus cuba kerana saka itu juga adalah makhluk Allah.

Selain itu, berusaha ingatkan diri supaya bersikap positif dengan membina rasa sayang terhadap diri dalam usaha proses penyembuha­n rohani. Apabila anda berasa stres, berbanyakl­ah beristighf­ar dan berzikir, mogamoga mendapat ketenangan hati serta fikiran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia