Harian Metro

JAGOAN CILIK AYAH

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Angah Pak Jak juara kategori kanak-kanak Kejohanan Muay Thai Cabaran Antarabang­sa Terengganu 2018

“Saya hanya ingin buat ayah bangga dan tersenyum apabila melihat kejayaan saya di gelanggang muay thai,” kata Muhammad Shahrul Aiman Abdul Razak, 11, dari Kampung Sungai Ikan.

Muhammad Shahrul Aiman adalah juara kategori kanak-kanak Kejohanan Muay Thai Cabaran Antarabang­sa Terengganu 2018 di sini, semalam.

Pada kejohanan itu, Muhammad Shahrul Aiman yang mewakili Kelab Muay Thai Bidie Bd Terengganu menewaskan pencabarny­a, Mohd Fadzriz Aiman Mohd Fadli, 11, yang mewakili Kelab Api Bara Johor dengan kiraan mata, 29-28, 28-29 dan 29-28.

Muhammad Shahrul Aiman atau lebih terkenal dengan panggilan Angah Pak Jak berkata, sejak kecil, dia mengikut bapanya, Abdul Razak Mat Husin, 48, menonton perlawanan muay thai yang dianjurkan di seluruh negeri.

“Ayah terlalu minat dengan sukan ini menyebabka­n saya berasa terdorong untuk menceburin­ya. Walaupun ayah tidak pernah memaksa saya untuk bergiat secara serius dalam sukan ini, tetapi saya yakin pasti dia bangga melihat saya beraksi di dalam gelanggang.

“Bermula pada usia tujuh tahun, saya mula menjalani latihan dan kini memperuntu­kkan sekurang-kurangnya dua jam setiap hari untuk berlatih,” katanya yang memegang rekod 12 menang, dua seri dan satu kalah.

Muhammad Shahrul Aiman berkata, perlawanan pertamanya pada usia 10 tahun dan dia tewas namun ia tidak pernah mematahkan semangatny­a.

“Kekalahan itu sangat mengecewak­an kerana hasrat untuk menggembir­akan ayah tidak tercapai.

“Berkat kesabaran dan kesungguha­n, saya menang setiap kejohanan yang disertai sekali gus membuatkan ayah gembira dan bangga,” katanya.

Menurutnya, ayahnya kini bukan saja menonton perlawanan muay thai membabitka­n atlet yang diminatiny­a, tetapi lebih membanggak­an apabila berpeluang menyaksika­n anaknya sendiri bertarung.

“Saya bercita-cita menjadi jaguh muay thai dan mewakili negara ke kejohanan antarabang­sa di Thailand dan seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari risiko yang terpaksa dihadapi setiap kali bertarung, tetapi ia bukan alasan untuk mengundur diri.

“Kecederaan teruk pada muka, patah dan terseliuh sudah menjadi asam garam apabila membabitka­n diri dengan sukan ini,” katanya.

Abdul Razak pula berkata, dia meminati muay thai sejak muda, tetapi tidak menceburi sukan itu kerana sebab tertentu.

“Keinginan saya untuk menceburi sukan ini ditunaikan anak dan ia sangat menggembir­akan saya.

“Saya sangat bangga apabila anak dapat beraksi dalam gelanggang dan satu bonus sekiranya dia menang,” katanya.

Menurutnya, dia akan berkorban apa saja untuk melihat anak keempat daripada lima beradik itu berjaya dalam sukan berkenaan.

Pada kejohanan itu, 14 atlet muay thai dari Thailand, Algeria, Iran dan Terengganu bertarung dalam lima kategori bagi merebut hadiah wang tunai keseluruha­n RM35,000.

 ??  ?? MUHAMMAD Shahrul Aiman Abdul Razak (empat dari kiri) muncul juara kategori kanak-kanak pada Kejohanan Muay Thai Cabaran Antarabang­sa Terengganu 2018.
SHAHRUL Aiman
MUHAMMAD Shahrul Aiman Abdul Razak (empat dari kiri) muncul juara kategori kanak-kanak pada Kejohanan Muay Thai Cabaran Antarabang­sa Terengganu 2018. SHAHRUL Aiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia