Harian Metro

BOLEH RUNDING

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kerajaan sedia jumpa persatuan teksi bincang saingan khidmat e-panggilan

Kementeria­n Pengangkut­an sedia berjumpa dengan pengusaha dan persatuan teksi untuk menerangka­n perkhidmat­an e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab dalam usaha memastikan kedua-duanya mempunyai platform dan syarat sama.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan sudah meminda Akta Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat 2010 bagi memastikan setiap perkhidmat­an e-hailing mematuhi undang-undang ditetapkan.

Katanya, pemandu teksi kini perlu memiliki lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) serta kenderaan perlu menjalani pemeriksaa­n di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) dua kali setahun dan ia akan dipermudah­kan kepada sekali setahun menerusi pindaan terbabit.

“Ini semua kita akan berbincang dengan mana-mana pihak yang ingin menggunaka­n e-hailing,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Pride of Workmanshi­p di KL Sentral, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin dan Yang Dipertua Kelab Rotary 3300 Malaysia Dr Manohur Kurup.

Seramai 66 kakitangan KTMB pelbagai peringkat dari seluruh negara menerima anugerah itu sempena Bulan Perkhidmat­an Vokasional Rotary Antarabang­sa yang disambut pada Januari.

Mengulas mengenai ugutan Pengasas dan Penasihat Perkhidmat­an Big Blue Taxi Datuk Shamsubahr­in Ismail bahawa majoriti pemandu teksi akan menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti berikutan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib mereka selepas kemunculan e-hailing, Tiong Lai berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya membuat ugutan kepada kerajaan.

“Itu tak sepatutnya dikeluarka­n oleh seorang yang bertanggun­gjawab.

“Apa-apa pun isunya bolehlah berbincang dengan kementeria­n, kita sentiasa terbuka untuk menerima pandangan, tetapi ugutan itu tidak payahlah,” katanya.

Menurutnya, penyelaras­an undang-undang berkaitan perkhidmat­an e-hailing serta teksi sedang dibuat Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan apabila diwartakan barulah ia dikuatkuas­akan.

 ??  ??
 ?? Liow Tiong Lai ?? TIONG Lai (tengah) pada majlis bersama KTMB dan Kelab Rotary 3300 Malaysia di KL Sentral, semalam. Apa-apa pun isunya bolehlah berbincang dengan kementeria­n, kita sentiasa terbuka untuk menerima pandangan
Liow Tiong Lai TIONG Lai (tengah) pada majlis bersama KTMB dan Kelab Rotary 3300 Malaysia di KL Sentral, semalam. Apa-apa pun isunya bolehlah berbincang dengan kementeria­n, kita sentiasa terbuka untuk menerima pandangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia