Harian Metro

KEMBALI KEPADA ASAS

-

Chalet Atok hanya sedia keperluan ringkas agar pengunjung nikmati gaya hidup cara kampung

Dikeliling­i hutan bakau dan deruman ombak antara tarikan utama Chalet Atok di Kampung Parit Penyengat di sini, kepada semua pengunjung yang mahu berehat dalam keadaan nyaman tanpa kesesakan kehidupan di bandar.

Malah, chalet itu hanya mempunyai keperluan asas seperti bekalan elektrik, air, dapur memasak dan surau, bagi memastikan pengunjung selesa namun pada masa sama menyelami kehidupan kampung bersama alam semula jadi.

Pengusahan­ya, Zamsari Kamilan, 44, berkata, chalet di tanah seluas 0.4 hektar itu dikeliling­i hutan bakau bertujuan memberi pengunjung pengalaman tinggal di kawasan berkenaan.

Katanya, terdapat dua rumah kayu yang boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa, tandas, bilik mandi, kolah untuk mengambil wuduk dan surau namun mereka tidak menyediaka­n televisyen di rumah berkenaan.

“Kami beroperasi sejak dua tahun lalu namun tidak ramai yang tahu kewujudan chalet ini kerana kami tidak pernah mengiklank­annya di mana-mana tempat.

“Bagaimanap­un, kami bersyukur kerana masih mendapat sambutan terutama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang sering menempah chalet kami untuk mengadakan aktiviti.

“Biasanya mereka akan datang dan tinggal selama dua malam untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuk memasak makanan sendiri, program akademik serta menyusuri hutan bakau di keliling chalet,” katanya.

Menurutnya, mereka sengaja membiarkan hutan bakau semula jadi di kiri dan kanan chalet berkenaan, kebun buah-buahan di kawasan belakang namun membersihk­an kawasan di depan pantai bagi membolehka­n pengunjung melihat keindahan Selat Melaka.

Katanya, idea untuk membina chalet itu bagi memberi peluang kepada orang ramai terutama mereka di kawasan bandar merasai kehidupan di hutan bakau.

“Alhamdulil­lah, antara sedar atau tidak hutan bakau banyak membantu penduduk yang kebanyakan­nya nelayan kerana mereka bukan saja menangkap ikan di Selat Melaka, malah ada juga yang menangkap kerang dan ketam di celah pokok bakau berkenaan.

“Tidak dapat dinafikan, hutan bakau penting untuk menghalang hakisan dan bagi kami, pembukaan chalet juga memberi pengalaman kepada orang ramai tinggal di kawasan yang sunyi berbanding di bandar,” katanya.

 ??  ?? KEMUDAHAN chalet disediakan untuk pengunjung menginap di Chalet Atok, Kampung Parit Penyengat. KAWASAN riadah berkumpula­n turut disediakan.
KEMUDAHAN chalet disediakan untuk pengunjung menginap di Chalet Atok, Kampung Parit Penyengat. KAWASAN riadah berkumpula­n turut disediakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia