Harian Metro

Hidupan laut eksotik juadah tarikan pengunjung

-

“Seawal jam 6.30 pagi lagi saya mula mencari belangkas untuk dijadikan juadah di restoran kami,” kata Mohd Najib Mohd Hanafi, 36, nelayan di Kampung Sungai Lurus, di sini yang menjadikan hidupan laut berkenaan sebagai mata pencarian sampingann­ya sejak dua tahun lalu.

Najib berkata, kawasan paya bakau dan di pesisiran Pantai Rekreasi Sungai Lurus, di sini, antara habitat belangkas yang masih wujud berbanding kawasan paya bakau dan pesisir pantai lain.

“Belangkas adalah hidupan laut eksotik yang kian pupus kerana perubahan dan pencemaran alam sekitar, malah tidak ramai orang khususnya generasi muda mengenali hidupan itu yang banyak khasiatnya jika dibandingk­an dengan hidupan laut lain.

“Namun kerja mencari belangkas tidak mudah kerana kadang-kadang pencari terpaksa berjemur di bawah terik matahari malah jika bernasib baik hasil tangkapan boleh mencecah hampir 30 hingga 40 ekor sehari dan ia ditangkap menggunaka­n tangan saja,” katanya.

Menurutnya, daya tahan belangkas yang boleh hidup lama meskipun tidak berada di dalam air membuatkan­nya sentiasa segar dan permintaan yang tinggi terhadap belangkas membuatkan hidupan laut itu sentiasa dicari-cari penggemarn­ya.

“Menyedari peluang berkenaan, saya menjadikan sebahagian halaman rumah sebagai tempat pengumpula­n hasil tangkapan belangkas. Pada masa sama saya menghantar bekalan belangkas hidup kepada pelanggan yang membuka restoran makanan eksotik di sekitar Batu Pahat.

“Selain itu, penduduk setempat dan penggemar haiwan eksotik berkenaan turut datang ke rumah saya untuk membeli belangkas yang lebih segar dengan harga lebih murah,” katanya.

Najib berkata, selain menjual belangkas dia dan isterinya membuka gerai makan di tepi pantai rekreasi berkenaan serta menjadikan belangkas sebagai satu hidangan utama di gerai makan milik isterinya itu.

“Jika dapat mengumpul dalam jumlah yang banyak, saya akan menghanar belangkas hidup ke beberapa negeri seperti Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur, malah jika ada permintaan untuk dijual di pasaran luar negara seperti Thailand saya juga akan menghantar­nya.

“Perniagaan belangkas hidup ini memberikan pulangan lumayan kerana harga belangkas di pasaran tempatan mahupun luar negara agak tinggi namun ia banyak hidup di kawasan hutan bakau,” katanya.

 ??  ?? MOHD Najib dibantu isteri mengusahak­an gerai makanan dengan menjadikan belangkas menu utama.
MOHD Najib dibantu isteri mengusahak­an gerai makanan dengan menjadikan belangkas menu utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia