Harian Metro

ANNABELLE TELUK CHEMPEDAK

Anak peniaga kostum tarik perhatian dengan pakaian watak seram

- Shahrinnah­ar Latibam@hmetro.com.my

Orang ramai yang mengunjung­i pusat pelanconga­n popular Teluk Chempedak di sini, terkejut apabila menemui Annabelle yang terkenal di seluruh dunia dengan kisah seramnya berkeliara­n di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, ia bukan hantu Annabelle yang sebenar sebaliknya hanya pemakaian kostum dan solekan mirip watak berkenaan oleh kanak-kanak, Nurdiana Syafiqah Mohd Rostam, 9.

Ibunya, Norulhuda Md Daud, 33, berkata, perkara itu bermula apabila dia dan suaminya mahu memulakan perniagaan sewaan kostum.

“Nurdiana Syafiqah memberi idea untuk disolek dan memakai kostum watak Annabelle.

“Saya ada asas solekan, jadi saya aplikasika­n apa yang ada selain menjadikan poster filem Annabelle sebagai rujukan selain mencari kostum serupa seperti filem itu,” katanya.

Norulhuda berkata, selepas melihat hasilnya, Nurdiana Syafiqah yang mesra dengan panggilan Baby mengajakny­a ke Teluk Chempedak untuk melihat maklum balas orang ramai.

“Sebenarnya, saya sendiri terkejut kerana Nurdiana Syafiqah pemalu, tetapi pada hari berkenaan dia berubah dan tidak takut langsung ketika duduk di Teluk Chempedak.

“Maklum balas orang ramai juga sangat positif dan teruja apabila melihat watak yang dibawa anak saya dan ramai mengambil kesempatan bergambar bersamanya,” katanya.

Norulhuda memaklumka­n, anak ketiga daripada empat beradik itu menghi- dap penyakit asma kronik dan ia membataska­n pergerakan Nurdiana Syafiqah.

“Namun, sejak menyertai aktiviti ini, saya nampak perubahan positif Nurdiana Syafiqah malah dia semakin aktif dan tidak pemalu lagi,” katanya.

 ??  ?? NURDIANA Syafiqah memakai kostum dan solekan mirip Annabelle.
NURDIANA Syafiqah memakai kostum dan solekan mirip Annabelle.
 ??  ?? NURDI AN A Sy afiq ah NURDIANA Syafiqah yang memakai kostum dan solekan mirip watak anak patung hantu Annabelle menjadi perhatian orang ramai yang mengunjung­i Teluk Chempedak.
NURDI AN A Sy afiq ah NURDIANA Syafiqah yang memakai kostum dan solekan mirip watak anak patung hantu Annabelle menjadi perhatian orang ramai yang mengunjung­i Teluk Chempedak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia