Harian Metro

Sultan Sallehuddi­n dikurniaka­n DKNS

-

Seremban: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah mendahului senarai 693 penerima darjah dan bintang kebesaran Negeri Sembilan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-70 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Sultan Sallehuddi­n dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang baru September tahun lalu dikurniaka­n Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS) pada istiadat pengurniaa­n di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Tuanku Muhriz turut berkenan menganuger­ahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada anakanda baginda, Tunku Zain Al-Abidin.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr Awaludin Said dan Aktivis Keamanan Dunia Datuk Dr Ronald Stephen Mccoy pula menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol Abu Samah Mahat, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Abu Bakar Jais, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan Datuk Johani Hassan, Pakar Perunding Perubatan Hospital Assunta Dr Suresh Raj Lachmanan serta ahli perniagaan Hamie Appala Nakkiah, Lim Hoe dan Mohd Azzarain Abdul Aziz penerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) membawa gelaran Datuk. Sementara itu, Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Faizah Jamaludin menjadi penerima tunggal Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) membawa gelaran Datuk.

Seramai 25 orang menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) turut membawa gelaran Datuk termasuk Pegawai Kemajuan Negeri Sembilan Ali Luman, Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Negeri Sembilan Baharudin Jali.

Selain itu, seramai 31 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan, Darjah Tuanku Muhriz (dua), Darjah Pekerti Terpilih (18), Ahli Setia Negeri Sembilan (109), Setiawan Tuanku Muhriz (satu), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (173), Pingat Jasa Kebaktian (291), Pingat Khidmat Lama (16) dan Bentara Tuanku Muhriz (15).

 ??  ?? SULTAN Sallehuddi­n
SULTAN Sallehuddi­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia