Harian Metro

REDAH BANJIR DEMI KUCING

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Dua sepupu selamatkan haiwan peliharaan ditinggal jiran

Dua sepupu sanggup meredah banjir bagi menyelamat­kan kucing jiran yang terperangk­ap di rumah tuannya di Kampung Pogoh 2 di sini.

Mohd Nur Szawan Razak, 22, dan Mohd Nur Izazzudin Esa, 17, meredah banjir sedalam kira-kira 0.5 meter hingga satu meter bagi menyelamat­kan kucing berkenaan yang turut kelaparan.

“Beberapa jiran terdiri daripada warga emas mengosongk­an kediaman kerana ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak kampung ini dilanda banjir Khamis lalu.

“Ada kucing yang tertinggal di rumah kerana pemiliknya mungkin keluar secara tergesa-gesa dan terlupa tentang haiwan peliharaan mereka.

“Bagi kucing yang agak agresif, kami tinggalkan makanan manakala kucing yang jinak kami bawa pulang untuk jagaan sementara dan akan diserahkan semula apabila pemiliknya kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

Mohd Nur Szawan juga kakitangan swasta berkata, ada juga kucing itu diserahkan kepada pemiliknya yang berada di PPS.

Selain itu, menurut Mohd Nur Szawan, mereka turut memanjat bumbung rumah setinggi lebih dua meter bagi mengambil kucing yang terperangk­ap dan kesejukan.

“Setakat ini kami sudah menyelamat­kan tidak kurang 10 kucing. Kebiasaann­ya, kami mula menyelamat­kan haiwan ini bermula jam 10 pagi malah ada kalanya berlarutan hingga jam 10 malam.

“Kami sedar dengan risiko dihadapi seperti ancaman haiwan berbisa dan air deras namun kami syukur kerana kami dijauhi daripada kejadian tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Nur Szawan (kiri) dan Mohd Nur Izazzudin menyelamat­kan kucing jiran yang terperangk­ap dalam rumah akibat banjir.
MOHD Nur Szawan (kiri) dan Mohd Nur Izazzudin menyelamat­kan kucing jiran yang terperangk­ap dalam rumah akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia