Harian Metro

TAK PILIH KASIH BERI HADIAH

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

UMNO bantu buka akaun SSPN pelajar, beri bantuan ibu tunggal, wanita muda

Seramai 500 pelajar anak yatim dari Parlimen Tanjong Karang menerima bantuan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM500 seorang sumbangan UMNO Malaysia.

Selain itu, 383 ibu tunggal yang kematian suami dari parlimen itu turut menerima bantuan kit keperluan harian serta cermin mata percuma.

Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan daripada Badan Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) dan UMNO Bahagian Tanjong Karang itu diberikan bagi meringanka­n beban kewangan keluarga memerlukan di kawasan berkenaan.

Kata Noh, tiada isu pilih kasih dalam pemberian bantuan daripada kerajaan sebaliknya semua rakyat berhak menikmatin­ya.

“Kami tidak membezakan sesiapa dan tidak akan memberi janji kosong kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi BIKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu, di Sabak Bernam, 1,000 wanita muda menerima bantuan daripada Puteri UMNO dan UMNO Bahagian Sabak Bernam sempena program Puteri Peduli Wanita Muda UMNO Bantu Rakyat 2.0.

Bantuan disampaika­n Shamsul dan Exco Puteri UMNO yang juga Ketua Puteri UMNO Sabak Bernam Norfarhana Alham.

Penerima, Rani Devi Mustika Mohamad Hashim, 27, berkata, dia sekeluarga bersyukur terpilih menerima bantuan berkenaan.

Ibu kepada empat anak berusia antara tiga bulan hingga tujuh tahun itu menerima bantuan hamper barangan bayi dan kit keperluan harian.

 ??  ?? PENERIMA ceria menerima bantuan hamper barangan bayi dan kit keperluan harian di Sabak Bernam.
PENERIMA ceria menerima bantuan hamper barangan bayi dan kit keperluan harian di Sabak Bernam.
 ??  ?? PENERIMA sumbangan pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang.
PENERIMA sumbangan pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia