Harian Metro

RM15 SATU KILO

- Asmah Rusman asmah_rusman@ hmetro.com.my

Program Pasar Akuakultur tawar pelbagai jenis ikan air tawar dengan potongan harga sehingga 40 peratus

Penggemar ikan air tawar di sekitar Lembah Klang kini berpeluang membeli pelbagai jenis ikan air tawar pada harga jimat dengan potongan sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran dalam program Pasar Akuakultur.

Pasar berkenaan yang diperkenal­kan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) itu dibuka pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata, pasar berkenaan julung kali diadakan susulan sambutan menggalakk­an daripada orang ramai terhadap program jualan ikan segar yang dianjurkan sebelum ini.

“Mereka yang menggemari ikan air tawar boleh datang ke pasar ikan segar ini yang menawarkan harga serendah RM15 sekilogram untuk semua jenis ikan. “Sempena pembukaann­ya hari ini (semalam), kami turut menyediaka­n 500 kilogram stok kerang segar yang dijual pada harga RM8 sekilogram,” katanya yang ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Akuakultur.

Menurutnya, selain kerang dan ikan air tawar seperti tilapia, baung dan keli, pengunjung juga boleh membeli ikan laut yang turut dijual pada harga murah dari Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

Katanya, DOF turut mengadakan jualan harga istimewa bagi ikan air tawar bernilai tinggi seperti kelah yang diternak dengan memberi makan buah tin.

Selain itu, orang ramai yang berkunjung ke pasar ikan itu juga berpeluang menyertai aktiviti Fun Fishing dan melawat ke Galeri Ikan Tawar dan Tuna in the House yang terdapat di laman itu.

“Pengunjung yang ingin menyertai aktiviti memancing hanya perlu membayar RM5 dan hasil tangkapan boleh dibawa pulang.

“Berikutan sambutan yang menggalakk­an ini, kami merancang untuk meluaskan lokasi program di kawasan lain pada masa akan datang bergantung kepada bekalan bahan mentah yang hendak dijual,” katanya. Perpustaka­an 1Wilayah Persekutua­n Medan Idaman yang kedua dibuka secara rasmi semalam yang terletak di Taman Danau Kota, Setapak, khusus untuk kegunaan orang ramai terutama komuniti di Wangsa Maju.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dengan konsep mesra keluarga, perpustaka­an itu bakal memberi manfaat kepada penduduk.

“Perpustaka­an ini adalah antara inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) oleh Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB) yang akan membina tiga perpustaka­an di Wilayah Persekutua­n.

“Untuk makluman, perpustaka­an pertama terletak di Lembah Pantai sudah siap dan diserahkan kepada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2015 manakala perpustaka­an Medan Idaman ini secara rasminya akan beroperasi hari ini (semalam),” katanya ketika Majlis Perasmian Perpustaka­an 1Wilayah Persekutua­n Medan Idaman, Taman Danau Kota di sini, semalam.

 ??  ?? MUNIR (kiri) melawat Pasar Akuakultur sebagai pilihan alternatif kepada pengguna bagi mendapatka­n bekalan ikan air tawar.
MUNIR (kiri) melawat Pasar Akuakultur sebagai pilihan alternatif kepada pengguna bagi mendapatka­n bekalan ikan air tawar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia