Harian Metro

BUDAK SANGGUP BEKU

- Daily Mail

 Kanak-kanak dihukum kejam

ibu bapa ditemui tidur bogel dalam cuaca bawah paras beku

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang badannya dipenuhi kesan lebam serta luka ditemui tidur bogel di belakang sebuah beca dalam cuaca di bawah paras beku untuk mengelak dibelasah ibu bapanya di barat daya China.

Jiran yang menemuinya terkejut melihat keadaan badan kanak-kanak itu dan berkata, dia pada mulanya menyangka ada ayam bersembuny­i di bawah kanvas yang menutup beca berkenaan.

Guizhou Metropolit­an melaporkan kanak-kanak itu mengaku lari dari rumah selepas dibelasah teruk ibu bapanya dalam kejadian di San Qiao, Guiyang, wilayah Guizhou pada 8 Januari lalu. Cuaca pada malam itu dilaporkan sekitar -2 Celsius.

Rakaman tersebar di Internet menunjukka­n badannya lebam dan dipenuhi kesan sebat.

Seorang jiran didengar berkata: “Seluruh badannya cedera! Dia mesti dibawa ke hospital!”

Orang ramai kemudian dilihat membawa baju tebal untuk budak itu sebelum menghubung­i polis.

Seorang wanita yang bekerja di kedai dobi berhampira­n berkata, dia melihat kanak-kanak itu berjalan bogel bersama ibunya pada malam sebelumnya.

“Wanita itu memakai jaket bulu biri tetapi anaknya tidak memakai seurat benang,” katanya.

Budak itu dilaporkan mirip gambar dalam risalah mengenai kanak-kanak hilang di kejiranan berkenaan.

Susulan itu, wartawan menghubung­i Zeng, bapa kanak-kanak itu, untuk mendapatka­n penjelasan apa yang berlaku pada malam sebelum dia ditemui.

Zeng dilaporkan cuma berkata: “Dia terlalu nakal dan kami menghukumn­ya.”

Dia kemudian terus menamatkan perbualan.

Kanak-kanak itu dilaporkan sudah dipulangka­n kepada ibu bapanya selepas San Qiao memberi mereka amaran secara peribadi. Kes itu masih disiasat.

 ??  ?? KEADAAN belakang kanak-kanak itu. - Daily Mail
KEADAAN belakang kanak-kanak itu. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia