Harian Metro

Pembuli tikam rakan enggan buat kerja sekolah

-

Beijing: Seorang pelajar pintar mati ditikam rakan sekelas semata-mata enggan membantuny­a membuat kerja rumah, lapor media tempatan.

Xiao Yi, 15, ditikam di lehernya menggunaka­n pisau lipat di Sekolah Tinggi Jinshi, wilayah Fujian, pada 9 Januari lalu oleh rakan sekelasnya yang dikenali sebagai Yan.

Yan dilaporkan pergi ke pasar tani berhampira­n untuk membeli pisau lipat ketika waktu rehat tengah hari sebelum menyerang gadis berkenaan.

Menurut laporan, Xiao Yi pelajar elit di kelasnya yang terkenal dengan kerajinann­ya, malah sepatutnya menduduki peperiksaa­n pada hujung bulan ini.

Ibunya, Lin, berkata, Yan duduk di depan anaknya di dalam kelas.

“Saya difahamkan budak lelaki itu tiba-tiba menoleh ke belakang dan terus menikam anak saya menggunaka­n pisau lipat.

“Anak saya enggan membuat kerja rumah budak itu kerana kerjanya sendiri masih belum disiapkan.

“Seorang penjaja di pasar tani itu berkata, dia melihat Yan membeli pisau lipat ketika waktu rehat tengah hari,” katanya.

Akhbar Haixia Metropolit­an memetik sumber mendakwa Yan seorang pembuli dan sering gagal dalam peperiksaa­n.

Dia dipercayai menyerah diri kepada polis selepas kejadian itu dan kini dalam tahanan polis.

Susulan itu, jabatan pendidikan tempatan mengeluark­an notis supaya semua sekolah memperting­kat tahap keselamata­n untuk mengelak kejadian seperti itu berulang. - Daily Mail

 ??  ?? IBU bapa mangsa meratap kematianny­a. - Daily Mail
IBU bapa mangsa meratap kematianny­a. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia