Harian Metro

Paksa pesakit bayar ketika bedah

-

Seorang pakar bedah di timur laut China disiasat kerana didakwa memaksa pesakitnya membayar untuk pembedahan tambahan ketika proses surgeri.

Pesakit wanita berusia 20 tahun yang dikenal pasti sebagai Jiang Meng didiagnosi­s mengalami hakisan rahim oleh doktornya di sebuah hospital di Dalian, wilayah Liaoning, lapor akhbar New Culture Daily.

Jiang bersetuju dibedah selepas doktor bernama Wang itu berkata, dia perlu menjalani prosedur berkenaan serta-merta.

Bagaimanap­un, ketika pembedahan berlangsun­g, Jiang diberitahu dia memerlukan satu lagi masalah perubatan yang memerlukan surgeri segera.

Dia kemudian diberikan kad yang dicetak kod QR dan dimaklumka­n prosedur tambahan itu menelan kos 1,860 yuan (RM1,100).

Jiang menggunaka­n akaun WeChat Pay untuk membayar sebahagian yuran itu kerana cuma mempunyai 600 yuan (RM370) dalam akaunnya, manakala bakinya dibayar kemudian.

Selepas meninggalk­an hospital itu, Jiang yang merasa tidak senang hati meminta pandangan kedua doktor di hospital berbeza dan dimaklumka­n pembedahan kedua itu sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Dia kemudian menulis mengenai pengalaman­nya di Weibo, yang dilihat Suruhanjay­a Perancanga­n Keluarga dan Kesihatan Dalian seterusnya menyiasat dakwaan itu, lapor Thepaper.cn.

Sementara itu, seorang kakitangan hospital terbabit mendakwa menjadi amalan biasa untuk doktor membawa kad yang dicetak kod QR untuk pelbagai rawatan serta pembedahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia