Harian Metro

Bapa angkat dituduh bunuh budak yatim

-

Texas (Amerika Syarikat): Seorang lelaki didakwa atas tuduhan membunuh anak angkatnya, seorang kanak-kanak perempuan yatim berusia tiga tahun, yang diambil dari India.

Mangsa, Sherin Mathews dilahirkan di India tetapi dibuang ibu bapanya sebelum ditemui pekerja kebajikan yang membawanya ke sebuah ashram, seterusnya diambil sebagai anak angkat oleh Wesley Mathews dan isterinya Sini.

Dia kali pertama dilaporkan hilang dari rumahnya di Texas pada Oktober lalu kurang setahun selepas tinggal bersama keluarga itu - menyebabka­n usaha mencarinya giat dijalankan.

Mathews pada mulanya mendakwa Sherin hilang selepas diletakkan di luar rumah sebagai hukuman.

Selepas mayat mangsa ditemui dua minggu kemudian di dalam parit, dia menukar ceritanya pula dengan mendakwa mangsa tercekik ketika minum susu.

Menurut polis, ceritanya kerap bertukar sepanjang soal siasat dilakukan.

Mathews didakwa atas tuduhan bunuh kelmarin dan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Pihak berkuasa mengesahka­n tuduhan difailkan selepas hasil bedah siasat tetapi tidak mendedahka­n punca kematian Sherin.

Mathews turut didakwa mengganggu bahan bukti, menyebabka­n kecederaan kepada kanak-kanak dan mengabaika­n atau membahayak­an kanak-kanak. Sini turut berdepan tuduhan mengabaika­n mangsa.

Anak kandung pasangan itu kini dijaga keluarga terdekat sejak Sherin dilaporkan hilang.

Awal bulan ini, kerajaan India secara rasmi menggantun­g agensi anak angkat, Holt Internatio­nal, digunakan pasangan itu untuk mengambil Sherin kerana didakwa cuai dalam penilaian menyerahka­n kanak-kanak berkenaan kepada mereka. - Agensi

 ??  ?? MATHEWS
MATHEWS
 ??  ?? SINI
SINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia