Harian Metro

JUN HAO JELMAAN CHONG WEI

Pemain muda negara punyai watak pejuang tempah tiket ke final Masters Thailand

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Penantian untuk mencari pengganti kepada jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin berakhir tidak lama lagi.

Tidak keterlalua­n untuk mengatakan pemain muda negara, Leong Jun Hao

(gambar) sebagai jelmaan kepada Chong Wei apabila membuktika­n dia mempunyai watak sebagai pejuang dengan mengesahka­n tempat ke final Masters Thailand selepas menewaskan pemain tuan rumah, Kantaphon Wangcharoe­n 20-22 21-19 21-18 dalam aksi separuh akhir di Bangkok, semalam.

Lebih manis, kejayaan mara ke final kali ini terhasil daripada kerja keras juara remaja Asia 2017 itu yang memulakan cabaran daripada pusingan kelayakan.

Jun Hao sebelum ini turut melakar kejutan apabila menewaskan pilihan keempat kejohanan dari Hong Kong, Hu Yun dalam aksi suku akhir, semalam.

Pemain berusia 19 tahun itu yang naib juara remaja dunia 2017 akan bertemu pilihan kedua dari Indonesia, Tommy Sugiarto bagi perebutan gelaran juara, hari ini.

“Saya membuat persiapan yang terbaik sebelum perlawanan hari ini. Saya hanya fikir yang perlawanan ini bukanlah perlawanan mudah dan saya perlu berjuang habis-habisan untuk mencatat kemenangan.

“Penat memang penat apatah lagi saya bermula daripada pusingan kelayakan. Namun, tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, jadi saya perlu hadapi situasi ini.

“Saya tahu Tommy pemain yang jauh lebih berpengala­man daripada saya, tetapi saya akan buat persiapan terbaik untuk bertemunya esok,” kata Jun Hao ketika dihubungi di Bangkok, hari ini.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke final selepas menewaskan pasangan Thailand, Nipitphon Phuangphua­pet-Jongkolpha­n Kititharak­ul 21-15, 21-11.

Mereka akan menentang satu lagi beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-Puttita Supajiraku­l dalam aksi final, esok.

Dalam pada itu, cabaran perseorang­an profesiona­l lelaki negara, Liew Daren, perseorang­an wanita, Sonia Cheah dan S Kisona, beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng

Yean serta beregu campuran,

Chen Tang Jie-Peck Yen Wei berakhir selepas tewas kepada lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir.

Saya hanya fikir yang perlawanan ini bukanlah perlawanan mudah dan saya perlu berjuang habis-habisan untuk mencatat kemenangan Leong Jun Hao

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia