Harian Metro

Skuad Asia pendahulu saingan Piala EurAsia

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Asia terus mendahului saingan Piala EurAsia apabila mengatasi Pasukan Eropah dengan catatan 6 ½-5 ½ selepas hari kedua kejohanan yang berlangsun­g di lapangan Kelab dan Country Glenmarie, semalam.

Asia yang diterajui Arjun Atwal, mendahului lawan dengan kelebihan satu mata selepas saingan hari pertama, dan meneruskan kutipan mata menerusi pemenang carta Merit Jelajah Asia Gavin Green dan gandingann­ya Yuta Ikeda dari Jepun dalam acara foursome hari ini.

“Permainan kami tidak konsisten di pertengaha­n pusingan dan menuju ke penamat, tetapi kami berjaya mengatasin­ya untuk menamatkan permainan dengan baik, di mana ia amat penting kerana kami ketinggala­n dua lubang ketika empat lubang berbaki,” kata Gavin, 24. “Kami hanya cuba mencari birdie dan memastikan bola berada di atas fairway.”

Gandingan Asia itu ketinggala­n dua lubang selepas tewas di lubang ke-14 tetapi bangkit memenangi dua lubang seterusnya untuk kembali mengikat kedudukan. Birdie di lubang ke-17 memastikan satu mata buat Pasukan Asia sebelum masing-masing mencatat par di lubang terakhir.

Tiga mata berturut-turut dikutip pasukan Eropah menerusi gandingan Tommy Fleetwood-Henrik Stenson yang mengatasi SSP Chawrasia-Anirban Lahiri 3&2, disusuli Paul Casey-Tyrrell Hatton yang menewaskan Kiradech Aphibarnra­t-An Byeonghun 2&1.

Eropah melebarkan kedudukan kepada 5 ½ selepas Matt Fitzpatric­k-Thomas Pieters mengatasi Kang Sunghoon-Poom Saksansin 3&2, namun Asia bangkit menerusi satu mata dikutip Phachara Khongwatma­i-Hideto Tanihara yang menewaskan Paul Dunner-Alex Noren.

Asia menamatkan saingan di hari kedua dengan satu lagi kejutan menerusi pemain 22 tahun Li Haotong yang berganding­an dengan Nicholas Fung untuk memastikan pasukan kekal di depan menuju ke hari ketiga hari ini.

Fung yang beraksi di edisi Piala EurAsia ketiganya, akan memulakan saingan hari ini dengan menentang juara sembilan kali Jelajah Eropah, Noren, manakala Haotong, 28, akan mengakhiri saingan dengan menentang juara Masters British 2017, Dunne.

 ?? FOTO:
MOHD YUSNI ARIFFIN ?? ARJUN (duduk, kanan) menunggu gandingan terakhir Li Haotong dan Nichoias Fung bertemu pasukan golf Eropah, Ross Fisher dan Bernd Wiesberger pada hari kedua Kejohanan Piala Eurasia 2018 di Glenmarie Golf and Country Club.
FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN ARJUN (duduk, kanan) menunggu gandingan terakhir Li Haotong dan Nichoias Fung bertemu pasukan golf Eropah, Ross Fisher dan Bernd Wiesberger pada hari kedua Kejohanan Piala Eurasia 2018 di Glenmarie Golf and Country Club.
 ??  ?? GAVIN (kiri) bersama Ikeda.
GAVIN (kiri) bersama Ikeda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia