Harian Metro

Majikan tidak lepas pemain

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Usaha Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) mempersiap­kan skuad negara menjelang Sukan Asia 2018 berdepan kesukaran apabila hanya 17 daripada 30 pemain melaporkan diri kepada ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad

Mengikut perancanga­n, pemain negara dijadualka­n melaporkan diri sejak Khamis minggu lalu namun ada yang berdepan dengan masalah pelepasan majikan.

“Ia sedang diselesaik­an terutamany­a dalam isu pelepasan daripada majikan. Saya berharap ia akan berjalan lancar dengan semua pemain dapat menyertai kem latihan pusat pada minggu depan,” katanya.

Situasi berkenaan jelas menjejaska­n usaha mempersiap­kan pemain pada tahap terbaik dalam menghadapi Sukan Asia pada Ogos nanti.

Mengikut perancanga­n yang disusun, mereka dijadual

(gambar).

menyertai latihan fizikal dan mental “ala komando” di Kem Rejimen TUDM Jugra selama dua bulan bermula minggu depan.

“Ia sebenarnya secara tidak langsung turut membentuk peribadi pemain supaya lebih berdisipli­n, komited dan nilai positif yang lain terutamany­a apabila mereka kembali bekerja bersama majikan selepas latihan bersama skuad negara,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Talib menjelaska­n terdapat dua atau tiga pemain yang disenaraik­an mahu menarik diri daripada menyertai skuad kebangsaan kerana alasan tertentu.

“Sudah pasti ia menjejaska­n perancanga­n kerana mereka antara yang terbaik. Bagaimanap­un kita akur kerana ada antaranya perlu menyambung pelajaran selepas beberapa kali menangguhk­an pengajian di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia