Harian Metro

SUNTIKAN BAKAT BARU

-

Seringkali saya tegaskan betapa aspek pembanguna­n di peringkat remaja sangat penting dalam usaha kita untuk melahirkan lebih ramai pemain berkaliber pada masa depan.

Namun tanpa sokongan tajaan yang baik dan berterusan, maka impian untuk melihat pembanguna­n di peringkat remaja tidak akan menjadi kenyataan.

Sebab itu saya amat menyokong penganjura­n seperti kejohanan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM yang sedang berlangsun­g ketika ini.

Kehadiran syarikat gergasi seperti AirAsia nyata memberi suntikan besar kepada penganjura­n kejohanan itu yang pastinya akan menyaksika­n kehadiran ramai bakat baru.

Saya amat berharap selepas AirAsia, banyak lagi syarikat gergasi akan tampil ke depan untuk menjadi penaja kepada kejohanan di peringkat akar umbi.

Bagi saya, syarikat yang ingin menjadi penaja tidak perlu berasa ragu-ragu dengan pulangan yang akan mereka perolehi kelak.

Ini kerana, badminton adalah sukan yang cukup besar di negara ini dan untuk itu, pulanganny­a pasti ‘lumayan’. Dalam soal untuk mencari pemain berkaliber, bagi saya kita tidak pernah ketandusan pemain berbakat dan pastinya penganjura­n satu-satu kejohanan di peringkat remaja itu akan berjaya.

Sekarang pun kita sudah dapat saksikan ada beberapa pemain muda yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) cukup berbakat besar.

Terbaru bagaimana pemain muda negara, Leong Jun Hao berjaya

(gambar)

menewaskan bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli di pusingan pertama Thailand Masters.

Baru berusia 19 tahun, Jun Hao yang juga naib juara remaja dunia 2017 membuktika­n kurang pengalaman bukanlah penghalang kepadanya untuk menewaskan Zulfadli.

Apa lagi yang boleh saya katakan mengenai Zulfadli. Tepuk dada tanya selera kerana anda juga pasti mengetahui kisah pemain yang cukup berbakat ini tetapi mensia-siakan bakatnya itu.

Tidak perlulah lagi kita melihat kepada sejarah lalu, sebaliknya BAM terutamany­a perlu terus mencungkil pemain berbakat dengan sokongan tajaan seperti AirAsia.

Apabila kita mempunyai ramai pemain muda yang berbakat, saya yakin kita akan dapat melahirkan seorang juara dengan lebih cepat di usia muda.

Itu tidak mustahil untuk direalisas­ikan sepertiman­a pemain Denmark, Viktor Axelsen yang muncul juara dunia pada usia 23 tahun. Jumpa lagi.

 Penyertaan AirAsia sebagai penganjur penting bagi melahirkan lebih ramai pelapis badminton

 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? PEMAIN beregu Pulau Pinang, Choong Hon Jian (kiri) bersama Lee Ming Zee ketika menentang Johor pada separuh akhir Kejohanan Liga Remaja Berpasukan Kebangsaan BAM-Airasia di Stadium Juara Bukit Kiara.
FOTO: OWEE AH CHUN PEMAIN beregu Pulau Pinang, Choong Hon Jian (kiri) bersama Lee Ming Zee ketika menentang Johor pada separuh akhir Kejohanan Liga Remaja Berpasukan Kebangsaan BAM-Airasia di Stadium Juara Bukit Kiara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia