Harian Metro

‘PRODUK’ PERTAMA JCM

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Nur Aiman mahu jadi seperti Azizulhasn­i

Alhamdulil­lah saya berpuas hati dengan prestasi 2017 namun saya sentiasa mengingatk­an diri sendiri agar tidak terlalu selesa. Saya perlu sentiasa bersikap rendah diri kerana setiap hari adalah proses pembelajar­an bagi pelumba muda seperti saya.

Banyak lagi yang perlu dipertingk­atkan. Tahun 2017 sebenarnya agak mencabar bagi saya kerana kemunculan lebih ramai pelumba yang berpotensi melalui siri Junior Cycling Malaysia (JCM) dan kejohanan lain namun berkat doa dan sokongan, saya berjaya mengharung­inya dengan baik.

Pelbagai kejayaan berjaya diraih tahun lalu namun saat paling manis apabila saya berjaya melakukan pemecahan secara solo dengan perbezaan tiga minit (kira-kira empat kilometer) berbanding kelompok besar pelumba di perlumbaan kriterium LCC Bali.

Selain itu, saya juga menjalani latihan dan berlumba selama dua bulan bersama St George Continenta­l Team, sebuah pasukan berstatus benua yang berpengkal­an di Sydney, Australia.

Ini merupakan hasil kerjasama antara JCM, Yayasan CIMB , Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Johor(MSNj). Terima kasih diucapkan kepada semua kerana banyak saya pelajari dan pengalaman yang diperoleh.

Situasi pasti berbeza pada tahun ini. Ia adalah tempoh peralihan kepada saya kerana akan beraksi sebagai pelumba elit. Sudah tentu saingan semakin sengit memandangk­an saya akan berlumba dengan nama besar.

Cabaran pertama adalah Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional bulan depan dengan saya disenaraik­an dalam acara kejar-mengejar berpasukan bersama empat pelumba negara yang lain.

Saya sudah bersedia walaupun ia adalah satu kejohanan dan tahap yang berbeza berbanding saingan remaja. Bagaimanap­un saya

(Muhammad Nur Aiman Rosli) dilihat antara pelumba muda berpotensi dimiliki negara. Anda pernah memecahkan rekod remaja Asia namun tidak diiktiraf kerana isu teknikal.

Malah anda dilihat ‘produk’ pertama Junior Cycling Malaysia (JCM) yang diwujudkan beberapa tahun lalu.

Bagaimana anda melihat prestasi anda sepanjang tahun lalu dan cabaran pada tahun ini sebagai pelumba elit.

berharap bermula daripada kejohanan itu, saya dapat membina rentak untuk menjadi salah seorang pelumba yang menyerlah.

Saya mengharapk­an peningkata­n dalam setiap kejohanan yang disertai. Jika mampu menaiki podium atau lebih baik, ia adalah bonus bagi pelumba seperti saya yang baru beraksi pada kategori elit.

Sudah pasti saya berharap mampu menjadi seperti idola

saya, Azizulhasn­i Awang. Kejayaan diraihnya menjadi sumber inspirasi untuk mengecap impian yang saya idamkan selama ini.

 ??  ?? NUR Aiman meraikan kejayaan selepas melepasi garisan penamat. NUR Aiman (kiri) bersama Azizulhasn­i.
NUR Aiman meraikan kejayaan selepas melepasi garisan penamat. NUR Aiman (kiri) bersama Azizulhasn­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia