Harian Metro

IKUT JEJAK ABANG

Sehveetrra­a idam jadi pemain profesiona­l suatu hari nanti

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pemain skuasy remaja negara, K Sehveetrra­a mencipta sejarah tersendiri di bumi Birmingham, England Isnin lalu apabila muncul juara Kejohanan Terbuka Remaja British (BJO) 2018 bagi kategori bawah 13 tahun itu.

Meskipun baru berusia 12 tahun, anak jati kelahiran Kedah itu langsung tidak gentar berhadapan dengan lawan yang mungkin dua kali ganda lebih besar daripadany­a.

Sebaliknya, jaguh cilik negara itu membuktika­n kejaguhann­ya apabila mudah menewaskan pemain Mesir, Fayrouz Abouelkhei­r 11-7, 11-9, 11-9 di perlawanan akhir yang hanya memakan masa selama 26 minit.

Mari kenali lebih rapat jaguh dalam pembikinan itu bersama Arena Metro.

Soalan (S): Sejak bila mula berkecimpu­ng dalam sukan skuasy dan siapa individu yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula berkecimpu­ng sejak berumur lima tahun kerana abang saya juga bermain skuasy lebih awal. Abang sayalah yang banyak membantu dan menunjuk ajar bagaimana bermain skuasy.

S: Kenapa anda memilih sukan ini berbanding sukan lain?

J: Mungkin kerana sukan ini adalah sukan dalam dewan dan ianya lebih sesuai untuk diri saya.

S: Anda juga masih bersekolah, bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan?

J: Saya boleh membahagik­an masa dengan seimbang sebab di sekolah saya akan siapkan kesemua kerja-kerja sekolah yang diberikan. Saya juga akan beri sepenuh tumpuan ketika di sekolah. Ketika di rumah pula, tumpuan saya lebih kepada latihan dengan empat kali sesi latihan dan dua hari untuk latihan kecergasan seperti joging dan gym. Manakala baki sehari lagi saya akan berehat secukupnya.

S: Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Saya berazam menjadi pemain profesiona­l suatu hari nanti.

S: Anda baru sahaja memenangi kejuaraan Terbuka Remaja British Bawah 13 Tahun, boleh ceritakan perasaan

anda ketika ini?

J: Teramat gembira kerana tak sangka terus berjaya menjuarain­ya meskipun baharu pertama kali bertanding di kejohanan itu. Kemenangan ini memberi suntikan semangat untuk terus berusaha.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa memilihnya?

J: Idola saya sudah tentu Datuk Nicol Ann David kerana bukan saja pernah menduduki tangga nombor satu dunia malah beliau juga memiliki semangat kental dan kuat.

 ??  ?? AKSI Sehveetrra­a (kiri) pada final Kejohanan Terbuka Remaja British.
SEHVEETRRA­A (kiri) menerima ucapan tahniah selepas merangkul kejuaraan
di Birmingham.
AKSI Sehveetrra­a (kiri) pada final Kejohanan Terbuka Remaja British. SEHVEETRRA­A (kiri) menerima ucapan tahniah selepas merangkul kejuaraan di Birmingham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia