Harian Metro

TERUS BERJUANG!

- AFP

Liverpool, England

Pep Guardiola menggesa Manchester City supaya memastikan hasrat mereka untuk melakar sejarah musim ini diteruskan apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu berkunjung ke Liverpool, malam ini.

Pasukan kendalian Guardiola kini mendahului 15 mata di depan pasukan tangga kedua Manchester United dan 18 mata berbanding pasukan tangga keempat Liverpool.

Kecuali kemerosota­n teruk, City akan menghabisk­an baki musim ini fokus kepada implikasi kempen menakjubka­n mereka.

Jika pasukan tanpa kalah City meninggalk­an Anfield tanpa terjejas, mereka hanya mempunyai 15 lagi perlawanan untuk mengelak kekalahan ketika mereka menyasarka­n untuk menyamai pencapaian Arsenal pada 2003-04 dan Preston pada 1888-89, kedua-duanya menamatkan aksi musim liga utama tanpa kalah.

“Sudah tentu jika anda mahu meraih sesuatu ia bagus dan untuk memenangi kejuaraan anda perlu menang perlawanan sebegini,” kata Guardiola.

“Musim ini di Stamford Bridge kami berjaya melakukann­ya tapi kami masih perlu ke Anfield, ke Emirates dan menentang Tottenham.

“Kami masih berdepan perlawanan sukar di tempat lawan, masih banyak perkara perlu dilakukan. Bagi kami ia satu ujian besar, pergi ke Anfield, satu daripada stadium dan pasukan paling berprestij di dunia jadi kami akan cuba memperagak­an persembaha­n baik, ia perlawanan besar buat kami.

“Liverpool satu perlawanan penting untuk menyedari sekali lagi jika kami boleh lakukan perkara besar musim ini, pada peringkat penting ini, dalam Liga Juara-Juara.”

Muncul pasukan ketiga liga utama England yang tidak boleh dikalahkan bukan satu-satunya pencapaian yang diintai City.

Hanya ada lima pencapaian rentetan tanpa kalah dalam liga utama berbanding pencapaian semasa City 30 perlawanan berturut-turut.

Arsenal mendahului carta dengan 49 perlawanan pada

2003-04, diikuti 42 oleh Nottingham Forest pada 1977-78, Chelsea dengan 40 pada 2004-05, Leeds 34 pada 1968-69 dan Liverpool 31 pada 1987-88.

City, yang masih memburu empat trofi musim ini, boleh muncul pasukan pertama memenangi perlawanan liga utama di Chelsea, Liverpool dan Manchester United pada musim sama sejak Wimbledon pada 1986-87.

 Guardiola gesa pemain Citizens terus pamer aksi terbaik berdepan Reds untuk lakar sejarah musim ini

 ?? Pep Guardiola ?? Kami masih
berdepan perlawanan sukar di tempat
lawan, masih banyak perkara perlu dilakukan KEVIN De Bruyne (kanan) sandaran City di jentera tengah pasukan.
Pep Guardiola Kami masih berdepan perlawanan sukar di tempat lawan, masih banyak perkara perlu dilakukan KEVIN De Bruyne (kanan) sandaran City di jentera tengah pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia