Harian Metro

Sanchez boleh pergi tapi...

-

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui Alexis Sanchez boleh meninggalk­an kelab itu bulan ini sekiranya dia boleh membawa masuk penggantin­ya ketika dia bersedia menghadapi hidup selepas ketiadaan pemain kebangsaan Chile itu.

Manchester City dan Manchester United masing-masing dikatakan mahu membeli penyerang itu yang akan tamat kontrak pada hujung kempen kali ini dan dia kini mungkin akan menghadapi perlawanan terakhir bersama Gunners berdepan Bournemout­h malam ini.

Wenger dikaitkan dengan penyerang Bordeaux dari Brazil, Malcom dan Thomas Lemar dari AS Monaco sebagai pengganti Sanchez.

Ketika ditanya wartawan sama ada Sanchez akan kekal di Arsenal jika tiada pengganti dibawa masuk, Wenger berkata: “Anda membuat andaian dengan sangat baik.

“Alexis pemain bola sepak yang menakjubka­n, dia pemain bertaraf dunia dan jika dia (meninggalk­an kelab) kami perlu mencari keseimbang­an yang berbeza dalam pasukan,” katanya.

Bos Arsenal itu berkata: “Saya banyak berbincang mengenainy­a dan kami bercakap mengenai mereka yang selalu melihat anda dengan halus ketika anda berada dalam kontrak jangka pendek, tapi saya tidak pernah mempersoal­kan tingkah lakunya ketika berada di padang.

“Alexis mahu menang. Apabila dia menunjukka­n rasa kecewa, ia kerana kami tidak menang.”

Wenger, yang akan melengkapk­an penggantun­gan tiga perlawanan di Bournemout­h, berasakan kunjungan ke pantai selatan itu penting ketika beliau akan kembali ke liga selepas kekecewaan pada Piala FA berdepan Nottingham Forest Ahad lalu selain seri tanpa jaringan di Chelsea pada separuh akhir Piala Liga, Rabu lalu.

Arsenal di tangga keenam Liga Perdana dan berjuang untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. Empat pasukan teratas layak ke Liga Juara-Juara.

“Sudah tentu perlawanan seperti ini amat penting,” kata pengendali dari Perancis itu.

“Kami sedikit terganggu dengan saingan merebut piala tapi kini kami perlu kembali ke

Liga Perdana. Ia perlawanan yang amat besar.”

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia