Harian Metro

Kane sayang Spurs: Pochettino

-

kejuaraan. Kane menegaskan hujung minggu lalu dia gembira di Spurs

namun kelab masa kecilnya itu perlu terus meningkat dan mula memenangi kejuaraan bagi menyamai cita-cita besarnya.

Dengan 30 gol dalam semua pertanding­an musim ini, penyerang England itu muncul seorang daripada pemain paling dikehendak­i di dunia.

Namun Pochettino, yang mengakui Kane tidak boleh dipaksa untuk kekal, percaya pemain berusia 24 tahun itu lebih sukakan kejayaan di Tottenham berbanding pasukan lain.

“Harry gembira. Sering kali saya memberitah­u penyokong kami, dia gembira,” ujar Pochettino.

“Dia sayangkan Tottenham dan setiap orang mahu menang - kami, kelab, Daniel Levy (pengerusi), pemain, penyokong - setiap orang mahu menang dan mahu memenangin­ya di tempat yang anda sayang.

“Bagi Harry ia terlalu istimewa untuk memenangi kejuaraan dan trofi di Tottenham.”

Tottenham membenarka­n pemain sayap Georges-Kevin Nkoudou menyertai Burnley secara pinjaman hingga hujung musim ini namun mereka masih belum mendapatka­n khidmat mana-mana pemain bulan ini.

Kekurangan aktiviti pembelian mereka jauh berbeza dengan enam kelab utama Liga Perdana.

Manchester City dan Manchester United dilaporkan memburu penyerang Arsenal, Alexis Sanchez manakala Liverpool sudah membeli Virgil Van Dijk dan menjual Philippe

Coutinho.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia