Harian Metro

‘Pemain tampil prestasi garang’

-

Changshu, China: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee percaya anak buahnya boleh menjadi pencabar terbaik untuk merebut salah satu slot ke suku akhir selepas mempamerka­n aksi terpuji ketika seri 1-1 menentang Jordan pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 di Stadium Changshu, semalam.

Malah, skuad negara tampak lebih berhak untuk memenangi perlawanan itu apabila beraksi cemerlang pada separuh masa kedua selepas sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-43 memadam kelebihan Jordan hasil jaringan Ward Helal Khalid pada minit ke-16.

Menurut Kim Swee, kebangkita­n anak buahnya selepas dibelasah Iraq 4-1 pada perlawanan pembukaan Rabu lalu membuktika­n mereka sebenarnya mampu bersaing di pentas Asia ini.

“Pemain mempamerka­n karakter yang baik walaupun pada awalnya kami tidak diberikan harapan. Kami seharusnya boleh mencuri tiga mata dalam perlawanan ini dan saya berbangga dengan kesungguha­n pemain.

“Memang kami mahu kejutan ini menjadi realiti bukan hanya persembaha­n baik di dalam padang malah mendapatka­n kemenangan. Kita berjaya menyaingi kekuatan pasukan lawan cuma malangnya dua percubaan terbaik kita terkena tiang gol,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Jordan yang seri 2-2 dengan Arab Saudi pada perlawanan pertama lebih mendominas­i permainan, namun skuad negara lebih mengancam pada separuh masa kedua dengan dua percubaan Akhyar Abdul Rashid dan Matthew Davies terkena tiang.

Bagaimanap­un

Kim Swee mengingatk­an anak buahnya supaya kekal fokus untuk mencipta satu kejutan ke atas Arab Saudi pada perlawanan terakhir di Kushan, Selasa ini jika mahu mara ke suku akhir.

“Saya percaya jika kami terus mempamerka­n aksi seperti ini apabila menentang Arab Saudi nanti, kita boleh menjadi pencabar untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

 ?? FOTO: ASIANA.MY ?? SAFAWI (kanan) diasak pemain Jordan.
FOTO: ASIANA.MY SAFAWI (kanan) diasak pemain Jordan.
 ??  ?? JAFRI Firdaus (kanan) mengasak kubu Jordan.
JAFRI Firdaus (kanan) mengasak kubu Jordan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia