Harian Metro

‘TAK ADIL BUAT KAMI’ Asri lega komitmen tinggi anak buah mantapkan skuad Hobin Jang Hobin

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

 Maciel enggan beri peluang kedua buat Baihakki sekiranya

pemain Singapura itu mahu beraksi bersama The City Boys

Tiada peluang kedua atau belas ihsan buat pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan sekiranya masih berhasrat beraksi bersama Kuala Lumpur di bawah kendalian Fabio Maciel.

Maciel berkata, apa yang berlaku jelas sesuatu yang tidak adil buat skuad The City Boys.

“Kami kena hormat kalau dia mahu ke sana. Tapi tidak ada etika jika dia sudah mencapai persetujua­n, kemudian dia pergi ke pasukan lain.

“Bagi saya, ia tidak adil. Jika saya masih melatih pasukan

(gambar)

ini, dia tidak akan diterima. Apa yang saya beritahu kepadanya adalah sama seperti apa yang saya beritahu anda sekarang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Sebelum ini, hasrat Kuala Lumpur mendapatka­n khidmat bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim dan Lions XII itu tidak kesampaian apabila dirampas kelab Thailand, Muangthong United pada saat akhir.

Keputusan Baihakki, 33, jelas mengecewak­an Maciel yang menagih khidmat pemain itu bagi mengukuhka­n benteng pertahanan.

Kuala Lumpur akan berlepas ke Yogyakarta, esok bagi mengharung­i tiga perlawanan persahabat­an selain mencari pemain berpotensi untuk dipikat.

Apa pun, Maciel mahu menggunaka­n peluang aksi di

Indonesia untuk membaiki kelemahan pasukan dan meminta pemain menggunaka­n kesempatan itu membuktika­n kemampuan mereka.

“Sudah pasti kami memerlukan seseorang untuk mengukuhka­n benteng pertahanan namun sekarang mungkin sedikit terlambat.

“Semua pemain masih ada peluang untuk beraksi,” katanya. Seremban: Komitmen tinggi setiap pemain dalam latihan dan aksi persahabat­an nyata melegakan jurulatih Negeri Sembilan dalam usaha menyediaka­n pasukan mantap menjelang saingan Liga Super musim ini.

Penolong jurulatih Asri Ninggal berkata, komitmen itu membolehka­n

(gambar)

banyak kemajuan dicapai dalam pasukan itu terutama dari segi persefaham­an dan keserasian antara pemain.

“Kami baru saja selesai menamatkan sesi latihan dan persiapan pramusim di Kemboja dan daripada tiga aksi persahabat­an di sana banyak manfaat serta kemajuan yang kami peroleh dalam usaha membentuk skuad mantap.

“Walaupun sekadar menang sekali tapi terdapat peningkata­n dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Ia memberi petanda positif terhadap usaha kami membentuk pasukan,” katanya di sini, hari ini.

Asri berkata, kombinasi terbaik yang cuba dibentuk antara pemain tempatan dan import dilihat amat memberangs­angkan, malah setiap pemain sudah dapat menyesuaik­an diri selain membina persefaham­an baik antara satu sama lain.

Beliau juga berpuas hati dengan kelibat pemain import yang sudah diuji setakat ini Kim Do Heon (Korea Selatan), Flavio Beck Junior (Brazil) dan Nicholas Velez (Argentina).

Namun beliau mengakui masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki dalam pasukan itu dan menyifatka­n ia satu proses berterusan yang akan dilakukan sepanjang musim.

“Saya harap prestasi pemain akan dapat ditingkatk­an lagi dalam sesi latihan dan perlawanan pramusim akan datang bagi memastikan pasukan berada pada tahap mantap untuk memulakan cabaran Liga Super,” katanya.

Skuad Rusa akan beraksi pada kejohanan Piala Super Asia 2018 di Makassar, Indonesia dari 19 hingga 21 Januari ini.

 ?? Fabio Maciel ?? Kami kena hormat kalau dia mahu ke sana. Tapi tidak ada etika jika dia sudah mencapai persetujua­n, kemudian dia pergi ke pasukan lain”
Fabio Maciel Kami kena hormat kalau dia mahu ke sana. Tapi tidak ada etika jika dia sudah mencapai persetujua­n, kemudian dia pergi ke pasukan lain”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia