Harian Metro

FAP pilih Kang Seung Jo

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Georgetown: Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) secara rasminya memilih pemain Korea Selatan, Kang Seung Jo bagi mewakili Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana 2018.

Pengesahan itu dilakukan Naib Presiden FAP, Azizudin Shariff ketika dihubungi memberitah­u bekas pemain Gyeongnam FC itu sudah menandatan­gani kontrak bersama FAP, kelmarin.

Menurut Azizudin, pemain berusia 31 tahun itu dipilih apabila berjaya menambat hati ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan ketika perlawanan persahabat­an antara Perlis di Stadium Batu Kawan, Khamis lalu.

Katanya, selain berjaya menjaringk­an gol, kebolehan dan kemahiran yang ada pada Seung Jo terutama daripada segi hantaran yang tepat benar-benar diperlukan dalam pasukan.

“Kita akui kesilapan lalu dalam memilih pemain import, ia pasti tidak akan berulang selain mengharapk­an satu sinar baru dalam skuad

(gambar)

Harimau Kumbang tahun ini,” kata Azizudin.

“Apa yang lebih berharga, kehadirann­ya amat disenangi semua pemain tempatan malah lebih bersikap rendah diri dan turut disenangi pihak pengurusan FAP dan peminat sendiri.

Azizudin berkata, kini Pulau Pinang sudah mempunyai tiga pemain import selepas Sanna Nyasi dan Ugochukwu Ukah dipilih menyertai pasukan tahun ini.

“Kita mendoakan tahun ini rezeki akan lebih berpihak kepada Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana yang akan bermula Febuari depan.

“Segala persiapan pasukan kini sedang giat dilakukan Zainal Abidin termasuk gandingan pemain senior dan baru diperkuatk­an dalam skuad Harimau Kumbang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia