Harian Metro

Piala MB Terengganu uji TFC 1

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Selepas mengasah taji di Kemboja minggu lalu, kejohanan empat penjuru bagi merebut Piala Menteri Besar Terengganu menjadi medan terbaik buat Terengganu FC I (TFC I) menguji kemampuan sebenar menjelang Liga Malaysia (Liga M) awal bulan depan.

Malah kejohanan julung kali itu juga akan menjadi penanda aras buat staf kejurulati­han skuad Penyu yang diketuai Irfan Bakti Abu Salim untuk menilai dan memilih pemain bagi disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

Penolong jurulatih Mohamad Nik berkata, kejohanan yang boleh disifatkan sebagai pemanas badan kedua itu juga mampu meningkatk­an kualiti permainan individu serta membentuk keserasian menjelang aksi sebenar.

“Lebih kerap pemain didedahkan dengan perlawanan seperti Piala Menteri Besar ini lebih bagus buat mereka dan pasukan selain mampu membentuk corak permainan lebih mantap dan serasi kerana rata-rata pemain adalah muka baharu.

“Selain itu kejohanan ini juga menguji kekuatan fizikal dan mental serta kecergasan pemain kerana jadual perlawanan begitu padat,” kata Mohamad yang mengakui berpuas hati dengan peningkata­n pemain sepanjang lima hari berkampung di Kemboja apabila menang satu perlawanan dan tewas dua kali.

Selain TFC I, turut bersaing pada kejohanan dari 15 hingga 20 Januari di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Terengganu FC II (TFC II), Pahang dan Melaka United.

Isnin ini, TFC I dijadual bertemu Pahang pada jam 8.45 malam diikuti pertemuan kedua dengan Terengganu FC II (TFC II) sehari selepas itu manakala aksi ketiga pada Rabu bertemu Melaka United.

Mohamad menuntut pemainnya memperagak­an aksi pada kejohanan itu umpama perlawanan sebenar liga bagi meningkatk­an lagi tahap permainan mereka.

“Bukan kejuaraan menjadi matlamat utama saya tapi peningkata­n corak permainan individu dan berpasukan menjadi fokus utama, tapi jika berjaya muncul juara ia mampu meningkatk­an motivasi pemain menjelang pertemuan pertama Liga Super bertemu PKNS pada 3 Februari depan,” ujar Mohamad.

 ??  ?? PENYERANG TFC 11, Syafiq Shahrizan Roslan (kiri) bakal perkukuh pasukan dalam cabaran Piala MB Terengganu.
PENYERANG TFC 11, Syafiq Shahrizan Roslan (kiri) bakal perkukuh pasukan dalam cabaran Piala MB Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia