Harian Metro

Kedah tempat ketiga selepas ikat Madura

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Kedah melengkapk­an aksi kejohanan Piala Super Suramadu di tempat ketiga selepas mengikat Madura United FC 2-2 di Stadium Gelora Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia, semalam.

Keputusan keseluruha­n menyaksika­n Madura United FC menjuarai Piala Super Suramadu dengan mengumpul lima mata.

Persela pula menduduki tempat kedua dengan empat mata disusuli Kedah dengan tiga mata manakala Persija di

tempat keempat dengan dua mata.

Dalam perlawanan itu, Madura United mendahului Kedah pada babak pertama seawal minit ke-5 hasil jaringan Enggleberd Sani dan menambah satu lagi gol menerusi Marcel Sacramento pada minit ke-35.

Kedah bangkit pada babak kedua hasil jaringan bek kanan Rizal Ghazali pada minit ke-65.

Di saat Madura menghitung masa untuk meraikan kemenangan pada minit akhir, penyerang kelahiran Sepanyol, Pablo Palares menafikan kemenangan Madura dengan gol pertamanya pada minit ke-90.

Penolong pengurus pasukan Kedah, Haris Che Mat bagaimanap­un bersyukur dengan semua keputusan positif dicapai Kedah sepanjang kejohanan Piala Super Suramadu yang bermula 8 Januari lalu.

“Alhamdulil­lah..saya

ucapkan terima kasih saya kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan Piala Super Suramadu di Indonesia ini di atas layanan baik sepanjang berada di sini yang menyaksika­n mereka mendapat satu pengalaman pramusim 2018 yang cukup baik dan memberi kesan positif buat kami.”

“Dengan komitmen ditunjukka­n semua pemain saya rasakan ini satu bekalan yang baik untuk kita bawa pulang dalam usaha untuk persediaan permulaan liga nanti terutamany­a bagi menghadapi Piala Sumbangsih pada 3 Februari nanti.”

“Sepanjang kejohanan Piala Super Suramadu ini, jurulatih Marcote berjaya mengadunka­n pemain senior seperti Baddrol , Syazwan Zainon, Khairul Helmi dan lain-lain bersama pemain import baru dan pemain muda dan akhirnya menghasilk­an persembaha­n yang berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia