Harian Metro

Reputasi, imej Farid

-

Selepas pelakon Iqram Dinzly menjadi perhatian apabila aksi pelik dan lucahnya tular di laman sosial, minggu lalu perhatian beralih kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, 37.

Berita Farid ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Bukit Damansara Khamis lalu begitu cepat menjadi perhatian.

Sekelip mata saja berita itu merebak bersama penyebaran gambarnya. Lebih mengejutka­n kerana Farid baru sahaja menerima anugerah Datuk hingga menimbulka­n pelbagai spekulasi. Ada mengatakan gelaran Datuk diterima membuatkan Farid besar kepala.

Walaupun kes membabitka­n Farid tidak besar dan mungkin boleh lepas, apa yang pasti reputasi dan imejnya sudah tercalar.

Hakikatnya, Farid bukan artis bermasalah sebaliknya berpendidi­kan dan daripada keluarga baik-baik. Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi boleh hilang sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. Kata pepatah, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.

Mula menceburi dunia seni sebagai model iklan pada 1999 kemudian berlakon filem Mistik arahan Datuk A Razak Mohaideen pada 2000.

Selepas itu, Farid terus dikenali sebagai pelakon seperti Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Lagenda Budak Setan, Bencinta, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Pinjamkan Hatiku. Farid juga diberi peluang mengarah filem, V3-Samseng Jalanan pada 2010.

Pada 16 Disember 2017, Farid antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan yang membawa gelaran Datuk.

Tidak sampai sebulan, Farid mengejutka­n umum dengan berita ini hingga gelaran diterima turut dipersoalk­an.

Ia bukan isu baru kerana banyak lagi kisah yang kita dengar sebelum ini membabitka­n orang berpangkat dikai- tkan dengan kekasaran dilakukan tetapi apabila berkaitan dengan artis, ia lebih mendapat perhatian.

Lebih menarik, sehari sebelum Farid menampar anggota polis itu, pelakon Ridzuan Hashim, 56, lebih dulu menjadi mangsa penamparny­a. Ia berlaku di lokasi drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.

Ridzuan yang dikenali dengan watak King dalam filem KL Gangster, senangsena­ng menjadi mangsa Farid.

Apabila Farid disahkan mengambil dadah, timbul persoalan mengapa perkara itu terjadi? Apakah tiada ‘job’ hingga hidupnya tertekan?

Keluarga Farid tidak menolak kemungkina­n pelakon J Revolusi itu mengambil ganja bagi menenangka­n fikiran lantaran tekanan perasaan yang dihadapiny­a.

Kata adik Farid, Fadzil Zahari, tiga hari sebelum ditahan, Farid memberitah­u dia terlalu merindui dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

“Farid mengatakan sudah lama tidak berjumpa anaknya. Dia kelihatan murung tetapi saya tidak sangka bertindak sedemikian.

“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapny­a termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya.

Apa pula kaitan mesej mengenai 300 artis meminjam along kerana tiada kerja hingga Farid hilang pertimbang­an lalu menampar anggota polis bertugas?

Tambah ‘panas’ apabila rakaman video Bigo Live Farid tersebar di laman sosial. Klip video itu dipercayai rakaman siaran langsung Farid bersama pelakon lelaki beberapa jam sebelum insiden bertindak kasar di balai polis.

Dalam rakaman itu, Farid antara lain mengulas mengenai projek lakonan drama dan filem terbarunya.

Bagaimanap­un, netizen menyifatka­n aksi Farid sebagai ‘pelik’ hingga ada yang mendakwa dia seolah-olah khayal ketika siaran langsung itu dibuat.

Apa pun, kita tunggu nasib Farid apabila tempoh remannya berakhir esok.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia