Harian Metro

Nana pujuk Khai berlakon

-

Oleh kerana mahu juga Khai membintang­i drama terbabit, Michael menggunaka­n Nana untuk memujuk penyanyi terbabit. Begitupun, menurut sumber produksi walaupun Nana cuba memujuk, Khai masih lagi berdolak-dalih menerima tawaran terbabit.

Bagi Cik Pang sendiri, kalau Khai berbakat dan mahu mencuba bidang lakonan apa salahnya, lagipun sekarang kita dapat lihat ramai artis melakukan banyak kerja.

Sekarang ini ada pelakon sudah menjadi penyanyi dan pengacara manakala penyanyi juga bergelar pelakon. Malah ada penyanyi yang menjadi pelakon jauh lebih popular berbanding pelakon sedia ada. Mengambil contoh Datuk Awie dan Nana sendiri.

Pesan Cik Pang kepada Khai mengenai tawaran yang diberikan Michael, tepuk dada tanya selera. Kalau rasa diri ada bakat tak salah mencuba tetapi kalau tiada bakat baik tak payah buat kerana bimbang nanti apabila drama itu ditayang kelak akan menjadi bahan mengata umum. Macam-macam perangai penggiat seni kita yang ada ketikanya membuatkan Cik Pang rasa mual dan malas hendak layan. Mendengar sikap mereka yang berlebih-lebih ini membuatkan kita rasa menyampah.

Seperti seorang pengarah filem baru ini yang menurut sumber, marah-marah dan ‘naik hantu’ apabila sidang akhbar sedang berjalan dia tidak dilayan rakan media.

Perkara itu membuatkan dia bertambah marah apabila sebaik laporan berita disiarkan mengenai filem arahannya yang bakal ditayangka­n, rakan media lebih memberikan perhatian terhadap pelakon utama berbanding dirinya.

Mendengar cerita dikongsi sumber ini,

Cik Pang hanya mampu geleng kepala. Inilah padahnya kalau orang baru masuk gelanggang tetapi bersikap lebih sudu dari kuah.

Sudah tentulah perhatian media tertumpu pada pelakon utama filem itu kerana memang pelakonnya sangat popular dan dikenali ramai.

Tambahan pula filem terbabit yang pertama arahannya dan ia belum pun lagi ditayangka­n kepada umum. Jadi, teman media tidak tahu untuk menilai sama ada dia pengarah yang bagus atau tidak.

Lainlah kalau dia sudah membuktika­n kemampuann­ya dan ternyata filem arahannya bagus. Tentu teman media akan memberikan ruang kepadanya dan menyiar artikel mengenai dirinya.

Tapi disebabkan dia belum membuktika­n apa-apa dalam industri, dan umum pun tidak kenal dia siapa, pastinya rakan wartawan akan menemubual mereka yang mempunyai nilai untuk dijadikan bahan berita.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia