Harian Metro

Minta RM3,000 satu episod

-

Telan air liur Cik Pang bila mendengar berita terbaru disampaika­n seorang teman membabitka­n pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura yang namanya semakin menjadi sebutan, Hannah Delisha.

Cerita teman Cik Pang, pihak pengurusan dan produksi MIG berkecil hati dengan Hannah yang sudah mula pandai ‘demand’ dan meminta bayaran RM3,000 untuk satu episod drama bersiri.

Cik Pang telan air liur, sebab kalau hendak dinilai dengan pembabitan Hannah yang masih baru dan mentah dalam dunia lakonan, harga yang diminta itu terlalu tinggi.

Selalunya mereka yang meminta harga sedemikian untuk satu episod drama bersiri ini adalah pelakon gred A atau sangat popular. Mengambil contoh jumlah pengikut mereka dalam laman Instagram mencecah lebih dua juta.

Kalau tidak popular pun, harga yang diminta Hannah itu hanya akan dipersetuj­ui produksi mahupun stesen TV andai dia pernah memenangi anugerah pelakon terbaik wanita beberapa kali.

Menurut teman itu lagi, pihak MIG terkejut apabila Hannah meminta bayaran sedemikian apabila mereka menawarkan watak utama dalam drama bersiri yang dirancang menjalani penggambar­an dalam masa terdekat.

Bukan itu sahaja, apabila mereka meminta bantuan Hannah agar tidak terlalu berkira dan memberikan sedikit diskaun, pihaknya bertegas dan sudah menetapkan harga.

Apa yang berlaku di antara MIG dan Hannah ibarat madu diberi tuba dibalas. Mengapa Cik Pang berkata demikian, kerana nama Hannah mula popular dan dikenali umum selepas dia membintang­i drama bersiri Mencintaim­u Mr Photograph­er yang mana diterbitka­n oleh MIG.

Setahu Cik Pang, kebanyakan pelakon tidak akan berkira dengan produksi yang menaikkan nama mereka dalam industri seperti Erra Fazira dengan Skop Production, begitu juga Janna Nick dan JS Pictures.

Melihat pada sudut lain, kebanyakan daripada produksi tempatan juga yang membuatkan ada artis baru seperti Hannah naik lemak dan ‘demand’ kerana apabila nama seseorang pelakon itu menjadi sebutan, kebanyakan produksi akan tumpu padanya saja.

Sedangkan kalau hendak dinilai kembali waktu sama, kita ada ramai lagi artis muda yang tidak kurang cantiknya dan jauh lebih berbakat dan lakonan mereka sangat mantap. Tapi begitulah nasib, kadangkada­ng permata di depan mata kita tidak pernah nampak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia