Harian Metro

Dah ada single kedua

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Insomniack­s, syarikat rakaman teliti kesesuaian

lagu dan masa untuk dilancarka­n

Menggelar diri mereka sebagai Insomniack­s, kumpulan ini dianggotai Syed Mir Iqbal selaku vokalis dan gitaris utama, Wan Arif Iskandar (bass), Gavin Wong (dram) dan Ahmad Danial (gitar ritma).

Walaupun baru berusia 20 tahun, semangat untuk mewarnai dunia seni dengan lagu mereka cukup besar. Bercadang untuk muncul dengan karya kedua, Insomniack­s bagaimanap­un terlebih dulu ingin memberikan laluan kepada lagu pertama mereka iaitu Selalu.

Kata Iskandar, mereka masih mempromosi­kan Selalu, tambahan pula ia menjadi lagu yang menghiasi drama bersiri adaptasi naskhah Korea berjudul Coffee Prince.

Sudah menghasilk­an beberapa buah lagu, mereka bagaimanap­un perlu bersama syarikat rakaman meneliti kesesuaian single kedua yang mungkin dilancarka­n selepas Aidilfitri.

“Buat masa ini kami masih lagi mempromosi­kan lagu

Selalu. Insya-Allah, single kedua mungkin dilancarka­n selepas Aidilfitri.

“Kalau ikutkan hati, kami ingin lagu baru keluar pada

Mac atau April tetapi semuanya bergantung pada syarikat rakaman. Mereka lebih tahu untuk uruskan perjalanan seni kami.

“Setakat ini, kami sudah ada beberapa lagu yang siap ditulis. Namun, kami dan syarikat rakaman masih meneliti lagu mana yang sesuai dijadikan single kedua,” katanya.

Sudah lama bersahabat, mereka tidak berhadapan masalah untuk menentukan hala tuju kumpulan Insomniack­s. Ada kalanya perselisih­an itu timbul, namun kasih sayang antara mereka melebihi segalanya.

Kata Gavin, mereka tidak ada perasaan takut andai suatu hari nanti berhadapan dengan perpecahan. Masing-masing percaya bahawa kumpulan yang dibina atas dasar persahabat­an akan terus bertahan.

Jejaka itu juga berkata, paling penting adalah persefaham­an dan kompromi dalam setiap keputusan. Tidak perlu merajuk terlalu lama atau memendam rasa. Anggota yang lain juga perlu bijak mengendali­kan emosi satu sama lain.

“Masing-masing ada emosi tersendiri tetapi kami sudah lama bersahabat. Kami sudah saling kenal dan biasa dengan perangai. Kena ada kompromi dan ada kalanya perlu mengalah. Tidak perlu terlalu ego.

“Untuk mencapai keputusan dalam sesuatu perkara, memang kadang-kadang ada perselisih­an faham. Tetapi, tidak perlu diperbesar­kan dan dipanjangk­an.

“Saya percaya, Insomniack­s akan bertahan lama kerana ia dibina atas dasar persahabat­an. Setiap kali ada rasa tidak puas hati, kami selesaikan dengan baik. Kami adalah kawan baik yang sudah seperti keluarga,” katanya.

Mendapat maklum balas positif, setakat ini Insomniack­s masih belum berhadapan dengan kritikan mahupun kecaman daripada netizen. Begitupun, mereka percaya dapat berhadapan dengan dugaan itu dengan tenang.

Ingin berseronok dalam menghasilk­an lagu, Insomniack­s berharap selalu dapat membuka ruang untuk mereka terus berkarya dan diberikan peluang mewarnai industri seni muzik tanah air dengan lagu mereka.

Masih belajar di kolej swasta tempatan, mereka merangka kerjaya pada tahun ini untuk membuat kemunculan di setiap kampus seluruh Semenanjun­g bagi memperkena­lkan kewujudan mereka dalam industri.

 ??  ?? INSOMNIACK­S dianggotai (dari kiri) Ahmad Danial, Syed Miq Iqbal,
Wan Arif Iskandar dan Gavin Wong.
INSOMNIACK­S dianggotai (dari kiri) Ahmad Danial, Syed Miq Iqbal, Wan Arif Iskandar dan Gavin Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia