Harian Metro

Sanjung insan cekal

-

Program baru Air Tangan Ibu Bersama Cef Wan selami kegigihan hidup ibu tunggal dan balu

Bertemakan ketabahan dan kegigihan ibu tunggal meneruskan kehidupan dan memberikan kebahagiaa­n kepada anak-anak, program baru dihoskan cef selebriti, Datuk Cef Wan akan menyelongk­ar kehidupan golongan wanita berstatus ibu tunggal dan balu.

Cef Wan akan bertandang ke rumah menemurama­h mereka mengenai perkara yang memberi mereka kekuatan meneruskan kehidupan. Individu berkenaan juga diminta menyediaka­n masakan digemari anakanak. Pada masa sama, Cef Wan akan menyediaka­n hidangan untuk keluarga itu.

Program berjudul Air Tangan Ibu Bersama Cef Wan bersiaran setiap Rabu pada jam 3 petang menerusi TV2. Penonton dibawa berkunjung ke rumah Marriam Yusuf Abdullah, ibu tunggal yang berjaya dalam aneka perniagaan termasuk pengurusan acara dan katering.

Cef Wan sempat menemurama­h

Marriam mengenai pengalaman­nya mendidik dan membesarka­n anak. Marriam juga berkongsi cara penyediaan rendang daging Sarawak manakala Cef Wan pula berkongsi resipi pindang daging.

Cef selebriti itu juga mengambil kesempatan ke Sabak Bernam, Selangor untuk berkunjung ke rumah Sukinah Abdullah. Dia adalah ibu tunggal yang membesarka­n lapan anaknya.

Semua anaknya meneruskan pelajaran ke menara gading dan memegang pelbagai jawatan termasuk saintis dan jurutera. Sukinah melakukan beberapa pekerjaan bagi membesarka­n anakanakny­a selepas kematian suami.

Penonton dibawa Cef Wan ke rumah Cikgu Shamsiah Maarof di Masjid Tanah, Melaka. Bekas guru besar itu rakan sekelas

Cef Wan ketika samasama belajar di sekolah menengah.

Cikgu Shamsiah mempunyai lima anak dan sudah 10 tahun berpisah dengan suaminya. Dia berkongsi duka atas kehilangan anak bongsu berusia 21 tahun disebabkan penyakit leukemia.

Dari Masjid Tanah,

Cef Wan meneruskan perjalanan ke Taman

Ukay Bistari, Ampang bagi menemui Puan Dzuriasiki­m Dzulkefli, ibu tunggal yang mempunyai lima anak, hasil perkahwina­n dengan bekas suaminya.

Dia dan suami berpisah lebih empat tahun lepas berumah tangga selama 20 tahun. Zu mempunyai kerjaya tetap dan menjalanka­n perniagaan. Dia mengakui wujudnya diskrimina­si terhadap mereka yang bergelar ibu tunggal.

Di Elda Farmhouse, Semenyih, Cef Wan menemui Noraidah Lembang yang menjalanka­n perniagaan restoran dan rumah tumpangan. Dia mempunyai tujuh anak dan lima cucu.

Dalam episod itu, dia menyediaka­n hidangan ringkas iaitu ikan siakap goreng bawang putih,antara juadah kegemaran di restoranny­a. Cef Wan pula menyediaka­n gulai ikan keli Thai.

Episod seterusnya, Cef Wan akan meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah Nikella Niksen, wanita Arab daripada Kelantan. Kemudian, hos akan ke Meru, Klang untuk menemu ramah Satifah Ismail.

 ??  ?? CEF Wan bersama tetamu jemputan.
CEF Wan bersama tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia