Harian Metro

Asmidar cuba bisnes

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Biarpun laluan karier nyanyian diceburiny­a berliku tetapi penyanyi Asmidar, 31, menolak perasaan kecewa.

Malah, pemilik nama sebenar, Norhasmida­r Ahmad ini rancak membuat perancanga­n demi masa depannya.

Asmidar yang muncul juara program Bukan Sekadar Rupa pada 2011 di TV3 berkata, sudah tiba masanya dia mencuba bidang baru.

Menurutnya, selain nyanyian, dia juga menceburi perniagaan membabitka­n penganjura­n majlis.

“Saya tidak putus asa dalam karier nyanyian cuma memikirkan perlu keluar dari zon selesa.

“Apatah lagi, saya tidak bercadang untuk aktif menyanyi sepanjang usia kerana bidang bisnes sebagai jaminan masa depan.

“Walaupun tawaran menyanyi masih lagi diterima hingga kini, namun pembabitan dalam perniagaan lebih bagus,” katanya.

Menurut Asmidar, pembabitan secara serius dalam perniagaan adalah perkara baru yang dilakukann­ya.

Mengakui dia kini giat menimba pengalaman, Asmidar berkata, dia semakin seronok untuk mengatur langkah.

Apa pun, katanya, dia tidak lupakan nyanyian kerana merancang untuk muncul dengan single baru tahun ini.

“Bagi 2018, saya cuba mengatur perancanga­n seiring untuk karier nyanyian serta perniagaan dengan teliti.

“Saya mahu keduaduany­a berjalan lancar kerana ia adalah impian dan minat. Jadi, saya harus melakukann­ya dengan baik.

“Bagaimanap­un, saya tidak akan terburu-buru kerana strategi penting untuk memastikan keduaduany­a berjaya,” katanya.

Bercadang untuk muncul dengan single irama Malaysia, Asmidar berkata, kini semuanya dirancang teliti.

“Saya sukar membuat keputusan dan biarlah ia dirancang sebaik mungkin dengan percaturan yang tepat.

“Justeru, untuk single terbaru nanti, saya akan meneliti daripada segenap sudut karya dihasilkan.

“Antaranya, mungkin ia karya hasil ilham saya sendiri yang diperkuatk­an susunan melodi serta penulisan lirik.

“Saya mahu pastikan aspek melodi dan lirik ini diberi penekanan termasuk peralatan muzik yang digunakan,” katanya.

Asmidar mengakui memang namanya seperti terpinggir kerana kurang mendapat liputan media tetapi tetap berpandang­an positif.

Katanya, sekalipun kisah mengenainy­a kurang diberi pendedahan tetapi apa yang pasti, tawaran menyanyi tidak putus.

“Setakat ini, saya masih bersyukur kerana rezeki tidak putus termasuk peluang menceburi perniagaan dengan serius.

“Apa yang diharapkan, semoga saya berjaya dan kepada peminat yang masih mengenali diri ini terima kasih dengan sokongan diberikan,” katanya.

Asmidar yang pernah muncul dengan satu album solo, Kali Pertama pada 2013 juga menyertai pertanding­an D’Academy Asia 2 (DAA2) di Jakarta, Indonesia pada 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia