Harian Metro

Bertuah kerja bak bercuti

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.m

Mira Filzah sibuk dengan tugasan penggambar­an promosi hujung

tahun lalu

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah, 25, tetap ada peluang bercuti sambil bekerja di luar negara.

Pada November dan Disember lalu, Mira berkesempa­tan mengembara ke Jepun selain Dubai di Emiriah Arab Bersatu.

Mira yang sudi berkongsi pengalaman percutiann­ya berkata, dia ke Jepun atas dua perkara utama. Pertama untuk penggambar­an segmen Info Sihat untuk Buletin Utama TV3 bersama Yakult di Tokyo serta Yokohama atas undangan pihak pelanconga­n Yokohama.

“Saya diundang sebagai antara selebriti muda yang berpengaru­h dalam media sosial di Malaysia

“Oleh itu, di mana saja lokasi menarik yang saya kunjungi di Yokohama akan dimuat naik ke Instagram,” katanya.

Mira yang baru dua tahun aktif membina kerjaya seni mempunyai 2.6 juta ‘followers’ di Instagram.

Menceritak­an kembaranya ke Dubai pula, Mira berkata, ia juga atas tujuan kerja untuk mempromosi destinasi menarik di sana kepada rakyat Malaysia.

“Pengalaman bercuti di Dubai sangat menarik kerana ia bandar raya Asia Barat yang sangat moden.

“Walaupun berlatarka­n padang pasir, banyak tempat menarik yang harus dikunjungi andai melancong ke Dubai.

“Mengikut pengalaman saya, Dubai menakjubka­n kerana sangat maju dan jauh beza dengan negara Asia Barat lain,” katanya yang berada selama seminggu di sana.

Mira berkata, bagi mereka yang teringin melancong ke sana dicadangka­n meneliti faktor cuaca.

Katanya, dia bersyukur mendapat peluang bercuti ketika musim sejuk yang sangat menyamanka­n.

“Justeru, untuk melakukan santai seperti bersiar-siar memang seronok kerana cuaca dingin,” katanya.

Mira berkata, Dubai juga mempunyai kawasan pantai yang cantik, bersih, menarik pemandanga­nnya dan patut dikunjungi.

Antara tempat menarik yang Mira kunjungi ialah Burj Al-Arab, Burj Khalifa dan Dubai Mall.

Katanya, dua lokasi itu sangat terkenal kerana menjadi mercu tanda pusat beli-belah terbesar di dunia dan menara tertinggi di dunia.

“Selain itu, jangan lepaskan juga peluang berkunjung ke Gurun Safari Dubai dan Taman Ajaib Dubai,” katanya.

Menurut Mira, pengalaman percutian akan lengkap dirasakan apabila dapat menerokai keindahan Dubai dari angkasa dengan perkhidmat­an penerbanga­n disediakan.

 ??  ?? MIRA kagum keindahan pantai di Dubai. FOTO kenangan Mira di Dubai Aquarium & Underwater Zoo. PEMANDANGA­N waktu malam di menara Burj Khalifa, Dubai.
MIRA kagum keindahan pantai di Dubai. FOTO kenangan Mira di Dubai Aquarium & Underwater Zoo. PEMANDANGA­N waktu malam di menara Burj Khalifa, Dubai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia