Harian Metro

Perancanga­n fokus untuk 2018

-

Masih hijau sebagai anak seni, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezama­n tidak menafikan memang berlaku perubahan dan peningkata­n dalam kerjaya seninya.

Menurut bekas pengacara program Mahligai Cinta ini, dia sangat bersyukur dengan rezeki diperolehn­ya.

“Apapun, matlamat saya untuk 2018 tetap memberi tumpuan pada hala tuju dalam lakonan dan pengacaraa­n.

“Kini, tumpuan saya untuk mengacarak­an program Nona yang baru digalas. Pengalaman untuk program Nona masih baru dan saya dalam usaha menimba ilmu lebih banyak lagi.

“Bagaimanap­un, selepas satu episod ditayangka­n saya mendapat maklum balas positif dan alhamdulil­lah,” katanya.

Ditanya perbezaan dilalui mengacara program di antara Mahligai Cinta dan Nona, Mira berkata, ia tidak banyak perbanding­an.

“Kedua-dua program ini tetap ada kaitan utamanya dengan wanita cuma masing-masing ada fokus kandungan tersendiri.

“Mahligai Cinta lebih terarah pada majlis perkahwina­n manakala Nona pula tumpuan utama menjurus pelbagai aktiviti membabitka­n wanita dan masyarakat ,” katanya.

Menurut Mira, perkara utama dia lakukan ialah menjaga penyampaia­n vokal ketika mengacara mengikut konsep program ditetapkan.

Katanya, dia lebih selesa mengacara mengikut cara sendiri termasuk sentiasa terbuka menerima pandangan dan kritikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia