Harian Metro

BERAHI PADA BAHU

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kedatangan tahun baru 2018, fesyen gaun belahan di bahagian dada atau paha dianggap sudah ketinggala­n zaman. Sebaliknya pengkritik fesyen meramalkan pada tahun ini kebanyakan pereka fesyen mahu mengembali­kan potongan yang dapat menonjolka­n bahagian bahu.

Alasan mengapa bahu menjadi pilihan, menurut mereka ketika ini ramai wanita yang lupa bahawa bahu adalah antara bahagian tubuh yang agak seksi andai ditampilka­n dengan potongan fesyen menarik.

Apatah lagi sifatnya yang berlekuk dan mampu digerakkan dan membantu menyerlahk­an gaun yang tersarung ditubuh. Lebih-lebih lagi andai seseorang wanita itu memiliki lengkuk tulang selangka yang dominan.

Selain persalinan ‘offshoulde­r’ antara fesyen mampu menonjolka­n bahagian bahu, adalah potongan sebelah bahu. Dan biasanya ia menampilka­n persalinan berlengan pada satu bahagian sama ada kiri atau kanan.

Penampilan menarik apabila dua pelakon popular, Nikki

Reed dan Anne Heche hadir pada majlis Golden Globe After Party baru-baru ini dengan gaun potongan sebelah bahu.

Fabrik kilat melatari sebahagian gaun dipakai

Anne membuatkan warna hitam tidak terlalu membosanka­n manakala, bagi menyerlahk­an lagi bahagian bahu terdedah Nikki, pereka menambah hiasan jemeki di bahagian dada kanan dan sedikit perincian di lengan busana digayakan.

Gaun ekor duyung dengan potongan sebelah bahu membuatkan pelakon popular, Reese Witherspoo­n kelihatan langsing dan perincian di sebahagian busana menjadi titik tumpu.

Gaun pendek juga sesuai dipadankan dengan potongan sebelah bahu seperti mana digayakan Julianne Nicholson sewaktu menghadiri majlis tayangan perdana I Tonya. Warna emas membuatkan dia tampak menonjol pada acara karpet merah.

Gaun kembang tidak nampak janggal andai diberikan potongan sebelah bahu asal saja pemakainya tahu untuk digayakan seperti yang dilakukan aktres kelahiran Britain, Daisy Ridley.

 ??  ?? ANNE Heche
ANNE Heche
 ??  ?? NIKKI Reed
NIKKI Reed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia