Harian Metro

Rangsang selera remaja

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON:

Begitu juga kelihatan pada filem Buskers yang cuba menarik minat penonton remaja yang majoriti mempunyai minat terhadap fesyen, muzik dan gajet.

Buskers menyulam kisah cinta klise antara dua darjat tapi dipercanti­kkan dengan elemen baru melalui susunan lagu segar, sinematogr­afi ringkas, pencahayaa­n hampir sempurna, premis baru dan barisan pelakon baru segar di layar.

Dari segi lakonan, Daiyan Trisha dan Anas Ridzuan berjaya mencuri perhatian di layar. Lakonan bersahaja dan jujur dengan watak membuatkan watak Daiyan sebagai Vera dan Anas sebagai Ucop lebih menyerlah.

Begitu juga watak komikal Mas Khan yang mengusik penonton melalui perwatakan­nya yang narsis dengan dunia media sosial, sesuatu yang sangat dekat dengan remaja hari ini.

Berbeza dengan Hafeez Mikail yang masih lemah dalam pengucapan dialog, permainan karakter dan bahasa tubuh. Andai diberi lebih masa dan kelas lakonan yang terbaik, mungkin bakatnya dapat dipupuk dengan lebih baik.

Percubaan pertamanya ini boleh dianggap gagal tapi mujur diselamatk­an dengan lakonan berkesan pelakon lain sekeliling.

Jujurnya, filem ini mungkin bukan cita rasa penonton dewasa kerana banyaknya elemen cinta remaja tangkap ‘leleh’ dengan ayat berbunga antara dua kekasih.

Begitupun, pengarah boleh dianggap bijak apabila menampilka­n pelakon ‘otai’ seperti Aziz M Osman, Man Bai dan Sani Sudin Kopratasa untuk menarik penonton dewasa ke pawagam, sekali gus melepaskan rindu lakonan mereka di layar sejak sekian lama.

Walaupun ada kelemahan sendiri, sekurang-kurangnya filem ini berusaha untuk memberi kelainan kepada kepelbagai­an genre sedia ada tempatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia