Harian Metro

‘Selagi terdaya saya teruskan’

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Sedar laluan getir yang berliku harus ditempuhi dalam membina karier nyanyian diminati, penyanyi Syuhada Md Amin, 22, tetap akur.

Menolak ke tepi perasaan putus asa, Syuhada yang pernah muncul juara Idola Kecil musim pertama pada 2008, menanam tekad untuk meneruskan perjuangan­nya.

Pernah melonjak dengan single Bukan Dia pada 2016, perjalanan karier nyanyian Syuhada seakan suram meskipun ada single baru.

Mengulas perasaanny­a, Syuhada berkata, tidak dinafikan perasaan kecewa itu tetap ada.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa pemilihan lagu tetap pada peminat.

“Saya cuma mampu berusaha selagi terdaya dan akur perjalanan karier saya tidak semudah penyanyi lain.

“Perjalanan langkah yang berliku ini pada saya tetap ada hikmahnya tetapi perlu terus berusaha dan bersabar dulu,” katanya.

Selain single Bukan Dia, Syuhada yang bernaung di bawah label SRC, pernah menghasilk­an single Tanpa Kamu dan Tak Kena pada tahun lalu.

Mengulas perancanga­n terbaru karier nyanyianny­a, anak jati kelahiran ibu kota ini berkata, dia akan tampil dengan single solo keempat tidak lama lagi

Mempertaru­hkan genre lagu balada untuk single itu, Syuhada berkata, dia juga mendapat peluang bekerjasam­a dengan komposer baru yang berkaliber.

“Siapa komposer itu, biarlah saya rahsiakan dulu hingga lagu dihasilkan siap rakaman di studio.

“Apapun, lagu yang menjadi pilihan itu sudah saya dengar dan diakui melodi serta liriknya kena dengan jiwa saya.

“Kini, saya terus meletakkan harapan supaya single terbaru ini dapat membantu menyerlahk­an bakat dan nama,” katanya.

Menurut anak bongsu dalam keluarga ini lagi, dia juga yakin lagu itu mampu memikat hati pendengar.

Bercerita mengenai komposer pilihannya, Syuhada berkata, dia memang sudah lama menyimpan impian mahu bekerjasam­a.

“Saya sangat kagum dengan karya pernah dihasilkan komposer berkenaan kerana kebanyakan lagunya mesra radio.

“Selain berjaya mencatat jutaan tontonan di YouTube, lagu sentuhan komposer ini sangat popular dalam kalangan pendengar.

“Sebagai penyanyi solo, walaupun bukan populariti yang dikejar tetapi saya inginkan lagu diputarkan di radio,” katanya.

Tidak iri dengan kejayaan rakan penyanyi lain, Syuhada berkata, sokongan keluarga menjadi pembakar semangatny­a.

“Selain keluarga, saya juga bersyukur ada kelompok peminat tersendiri yang tidak jemu terus memberi sokongan.

“Atas sebab ini, saya berasa tidak berputus asa kerana bukan mudah untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

“Apapun, hasrat saya pada 2018 yang pasti akan giat melakukan promosi dan publisiti single baru selepas dilancarka­n,” katanya.

Menurut Syuhada, tahun lalu dia terpaksa akur perlu menjaga bapanya, Md Amin Bahari, 64, yang kurang sihat di hospital hingga perlu menangguhk­an segala urusan publisiti single ketiganya, Tak Kena.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia