Harian Metro

Luyak angkat kasih anak autistik

-

Ibubapa yang memiliki anak autistik pasti berhadapan cabaran lebih hebat jika dibandingk­an anak normal.

Bagaimanap­un, setiap anak itu mempunyai keistimewa­an tersendiri.

Justeru, ibu bapa perlu belajar menyesuaik­an diri dengan peribadi mereka dan perhatian lebih harus diberikan terutama pada peringkat awal tumbesaran anak.

Memandang serius isu ini, RTM mengambil pendekatan menerbitka­n telefilem berjudul Luyak arahan Noor Azizah Muhamad sebagai memberi kesedaran pada masyarakat.

Luyak akan ditayangka­n pada 19 Januari ini jam 9.30 malam di TV 2. Ia menampilka­n lakonan Zarina Zainoordin, Putri Syasya Masyithat, Shakilla Khoriri, Azam Pit, Roydy, Nurul Fateha dan Kamal Bakar.

Kisahnya bermula dengan watak Hidayah, seorang kanak-kanak ‘mild autism’ yang dipanggil Luyak oleh penduduk kampung.

Hidayah selalu berada dalam dunianya sendiri dan menganggap bapanya, Zamani masih hidup.

Hidayah dibenci ibunya, Zaleha kerana dianggap sebagai punca kematian Zamani.

Saban hari, Hidayah akan merayau ke seluruh kampung. Dia selalu dipukul Zaleha kerana melakukan sesuatu yang menimbulka­n kemarahan ibunya.

Kelakuan Hidayah juga membuatkan penduduk kampung sering mengadu.

Zaleha selalu melebih-lebihkan anak sulungnya, Sofea dan membezakan kasih sayang antara dua anaknya.

Cikgu Murni yang baru bertukar ke sekolah itu mendapat tahu mengenai keadaan Hidayah. Dia cuba memberikan bantuan kerana Cikgu Murni juga mempunyai seorang adik seperti

Hidayah.

Kedatangan Cikgu Murni sedikit sebanyak memberikan sinar baru buat Hidayah.

Suatu hari, kelakuan Hidayah menyebabka­n Sofea mengalami kemalangan kecil. Ia membuatkan

Zaleha hilang kewarasan sehingga sanggup merantai kaki Hidayah.

Selepas 10 tahun, Zaleha masih memukul dan membenci Hidayah seolah-olah dia bukan anaknya. Ketika itu Sofea pula berjaya menyambung pelajaran di Kuala Lumpur.

Dalam keadaan marah, Zaleha cuba menendang badan Hidayah yang ketika itu sedang makan. Tidak semena-mena tubuh Zaleha mengalami kekejangan sehingga lumpuh sebelah badan.

Zaleha berharap supaya Sofea pulang dan menjaganya, namun anak kesayangan­nya terlalu sibuk. Hidayah kemudian menjaga Zaleha dengan baik dan penuh kasih sayang tanpa sebarang benci dan dendam.

 ??  ?? SHAKILLA Khoriri dalam telefilem Luyak.
SHAKILLA Khoriri dalam telefilem Luyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia