Harian Metro

Miliki pakej lengkap

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Tempoh satu setengah tahun membina karier seni, Ayra Mariano, 20, berjaya menjadi bakat baru yang menyinar di pentas hiburan Filipina.

Bukan sekadar membina paksi karier seninya sebagai pelakon, Ayra juga berbakat dalam bidang nyanyian, tarian, pengacaraa­n, duta produk dan model iklan.

Memiliki pakej lengkap dan susuk tubuh langsing nyata memberi peluang buat Ayra mengatur langkah lebih jauh.

Namun, bakat lakonan Ayra mula dikenali peminat di negara ini menerusi drama rantaian, Poor

Senorita yang kini disiarkan di TV3.

Drama genre komedi kekeluarga­an sebanyak 79 episod itu menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang.

Diarahkan Dominic Zapata, Poor Senorita membuka peluang buat Ayra melakonkan watak utama sebagai Maria Kyla dela Cruz.

Sarat dengan elemen kasih sayang dan pengorbana­n untuk keluarga, Poor Senorita antara drama popular di Filipina pada 2016.

Seiring perjalanan masa dan lembaran 2018 yang baru membuka tirai, Ayra bakal tampil dengan drama The One That Got Away.

Mengangkat kisah tiga wanita berkerjaya dan bebas mengatur kehidupan, Ayra melakonkan watak Mikaela Makalintal.

Ayra dalam satu temubual ringkas berkata, ia lembaran tahun baru yang indah buatnya kerana dipilih membintang­i drama The One That Got Away.

“Saya melakonkan watak pembantu sebagai Mikaela atau Ekay yang suka berangan dan bercita-cita tinggi.

“Walaupun hanya bersaudara dengan Alex lakonan aktres Lovi Poe,

Ekay tetap mahu mengejar impiannya sendiri.

“Ekay mahu mencipta nama sebagai pelakon terkenal tetapi sikap suka beranganny­a terlalu tinggi,” katanya.

Menurut Ayra, ada kalanya, dia berasakan watak Ekay dilakonkan lucu tetapi ia satu cabaran buatnya.

“Apa yang menarik mengenai Ekay, dia gadis yang kuat semangat terutama dalam usaha memburu impiannya.

“Di sebalik semangat kental dan kegigihann­ya, Ekay juga tidak terlepas daripada dugaan apabila jatuh cinta dengan pemuda iaitu Sam,” katanya.

Drama rantaian The

One That Got Away yang dipersemba­hkan GMA Network kini menjadi sebutan ramai dan bakal popular di Filipina untuk tahun ini.

Apatah lagi, ia dibarisi tiga pelakon wanita hebat Filipina iaitu Lovi Poe, Rhian Ramos dan Max Collins.

Berlatarka­n genre komedi romantik, mampukah wanita yang berjaya dalam karier menggapai impian cinta dambaan mereka?

Apa pun, yang pasti drama The One That Got Away diyakini dapat meletakkan kepercayaa­n penonton cinta, hubungan persahabat­an dan kasih sayang keluarga.

Diarahkan secara bersama oleh Mark dela Cruz dan Conrado Peru, drama The One That Got Away akan mula bersiaran di Filipina pada 15 Januari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia