Harian Metro

Cabaran Bukit Hantu

-

tentu kami menyokong aktiviti berbasikal menerusi penganjura­n acara ini.

“Kami mahu kawasan ini popular untuk kejohanan perlumbaan bertaraf antarabang­sa seperti lokasi lain iaitu Genting Highlands dan Bukit Fraser untuk acara basikal jalan raya mahupun lasak.

“Ditambah pula dengan sokongan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandara­n Kajang dengan kerjasama Tourism Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dusun Tua Cycling Team, Twitter Bike dan CM Bike Centre membantu menjayakan penganjura­n acara KOM Peras lebih besar untuk 2018,” katanya.

Bagi Peserta Kategori Wanita Terbuka yang mewakili pasukan Twitter Bike Malaysia, Nur Aisyah Mohamad Zubir, dia gembira dapat mengekalka­n rentak kayuhan sehingga ke puncak memberi kelebihan untuk mengunggul­i kategori berkenaan.

“Saya juga berlatih di sini dengan rakan sekelab kerana laluannya sangat mencabar terutama sekali laluan Bukit Hantu yang memerlukan kami mengayuh sepanjang pendakian sehingga lima kilometer.

“Berbeza laluan bukit lain seperti Genting Peras lapan kilometer, ada laluan landai membolehka­n peserta menarik nafas untuk berehat sebelum menguatkan kayuhan mendaki. Strategi saya seperti pelumba lain, kami akan cuba menjarakka­n diri daripada peloton utama membolehka­n kami membuat henjutan ketika mendekati puncak gunung,” katanya.

Perlumbaan itu menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM5,000 untuk 10 pemenang pertama setiap kategori.

 ??  ?? BACAAN doa sebelum memulakan perlumbaan.
BACAAN doa sebelum memulakan perlumbaan.
 ??  ?? LAJU kayuhan di laluan mendatar.
LAJU kayuhan di laluan mendatar.
 ??  ?? ANTARA aksi spontan peserta sempat dirakam lensa.
ANTARA aksi spontan peserta sempat dirakam lensa.
 ??  ?? PINGAT diterima sebaik tiba di garisan penamat.
PINGAT diterima sebaik tiba di garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia