Harian Metro

JENTERA LASAK DWIFUNGSI

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

(Paparan ini boleh ditonton dalam Berita TV9 hari ini jam 12 tengah hari

dan 8 malam) Sesuai bagi mereka yang berjiwa ekstrem, Honda CRF250 adalah jentera yang memenuhi keperluan tunggangan sama ada untuk laluan lasak, meneroka destinasi baru atau kegunaan harian.

Dilancarka­n untuk pasaran tempatan Ogos tahun lalu, model lasak ini ditawarkan dalam dua varian iaitu CRF250L dan CRF250 Rally yang ditunggang uji minggu ini.

CRF250 Rally adalah motosikal ‘Weekend Adventure’ dengan ciri Enduro dan dwikegunaa­n dikuasakan enjin 250 cc yang memenuhi piawaian Euro 4. Jelas model ini berlandask­an jentera CRF450 Rally pasukan Honda Racing Corporatio­n (HRC) dalam perlumbaan Rali Dakar.

Bezanya berbanding CRF250L, varian ini dilengkapi lampu hadapan berkembar dan lampu belakang LED, skrin penghadang angin, fairing, penutup radiator, pelana lebih tinggi, jarak roda dan fork lebih panjang.

Ringkas dan mudah dikawal dengan berat 157 kilogram (kg), jentera lasak ini menyalurka­n kuasa 25 PS pada 8,500 rpm dan tujahan tork 22.6 Nm pada 6,750 rpm.

Dengan transmisi enam kelajuan, kelajuan di jalan raya dicatatkan

130 kilometer sejam (km/j). Kuasa yang responsif terutama ketika memintas atau mencelah dalam kesasakan tidak menjadi masalah bagi motosikal ini.

Kedudukan pelana setinggi 895 milimeter (mm) menjadi kelebihan, tambahan pula jika penunggang­nya berketingg­ian lebih 175 sentimeter (sm). Malah untuk laluan off-road, kuasa mencukupi dengan dibantu fork teleskopik terbalik dan suspensi belakang pro-link menyerap tekanan dengan baik selain memudahkan kawalan.

Tangki bahan api 10.1 liter mampu bergerak sejauh 190 kilometer (km), bergantung pada corak dan gaya tunggangan dan jenis laluan.

Panel meter digital sepenuhnya membantu penunggang mengenal pasti maklumat perjalanan (trip), odometer, kelajuan dan RPM selain suis

Brek Anti-Kunci (ABS) belakang pada sisi yang boleh dinyahakti­fkan mengikut keperluan dan situasi.

Secara keseluruha­n, Honda CRF250 Rally adalah jentera yang sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan dengan rekaan ranggi dan maskulin.

Jarak kelegaan tanah setinggi 270 mm membantuny­a untuk melepasi halangan terutama mengharung kawasan berair.

Brek ABS hadapan dan belakang memastikan daya pemberhent­ian singkat sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Untuk pasaran tempatan, model diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand ini dijual pada harga RM28,620 (tanpa insurans) dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu.

Honda CRF250 Rally sesuai untuk laluan lasak atau bandar

 ?? FOTO: ?? SPESIFIKAS­I
FOTO: SPESIFIKAS­I
 ??  ?? 5. SELESA mengharung­i laluan lasak.
5. SELESA mengharung­i laluan lasak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HONDA CRF250 Rally Enjin: 250cc penyejuk cecair, DOHC, silinder tunggal
Kuasa maksimum: 25 PS pada 8,500 rpm Tork maksimum: 22.6 Nm pada 6,750 rpm Transmisi: Enam kelajuan
Kapasiti bahan api: 10.1 liter
Ciri keselamata­n: ABS Harga: RM28,620 (tanpa...
HONDA CRF250 Rally Enjin: 250cc penyejuk cecair, DOHC, silinder tunggal Kuasa maksimum: 25 PS pada 8,500 rpm Tork maksimum: 22.6 Nm pada 6,750 rpm Transmisi: Enam kelajuan Kapasiti bahan api: 10.1 liter Ciri keselamata­n: ABS Harga: RM28,620 (tanpa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia