Harian Metro

ENJIN MESRA ALAM

-

Memandu di negara orang memberi pengalaman yang sukar dilupakan. Apatah lagi jika lokasi berkenaan terlalu asing dengan cara pemanduan, simbol dan peraturan yang berbeza atau pertama kali dilihat.

Pengalaman memandu uji beberapa model Honda ketika berada di Jepun sempena Tokyo Motor

Show Ke-45, baru-baru ini, membolehka­n wartawan tempatan menguji keupayaan teknologi i-DCD atau Intelligen­t Dual-Clutch Drive Hybrid yang termaju dalam sistem dwikuasa.

Semua model terpilih menggunaka­n sistem i-DCD antaranya kenderaan pelbagai guna (MPV) Jade, Freed, Fit (Jazz), Grace

(City) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Vezel atau di negara ini dikenali sebagai HR-V.

Lokasi dituju bermula dari bandaraya Tokyo sehingga ke kawasan pergununga­n Fuji sejauh lebih 360 kilometer (km).

Untuk permulaan, penulis bersama rakan wartawan akhbar The

Sun, Azlan Ramli memilih memandu uji Honda Grace, juga dikenali sebagai City di negara ini.

Mula bergerak keluar dari hotel penginapan di tengah bandar raya

Tokyo menjadi satu igauan berikutan keadaan trafik yang sibuk termasuk setiap persimpang­an dipenuhi pejalan kaki melintas.

Di luar negara, pejalan kaki sentiasa diberikan keutamaan untuk melintas dan kenderaan perlu berhenti untuk memberi laluan.

Tambahan pula cuaca hujan menambah ‘kedinginan’ penulis untuk memandu.

Berbekalka­n bantuan sistem pengesan global (GPS), lokasi dituju adalah Tasik Yamanaka di Yamanashi.

Meskipun terpaksa mengharung­i kesesakan trafik, sistem i-DCD menawarkan pemanduan lancar tanpa sebarang masalah.

Tahap penggunaan bahan api adalah terbaik apabila kenderaan secara automatik bertukar ke mod hibrid ketika bergerak perlahan dalam keadaan malar.

Tiada sebarang perbezaan dirasakan apabila sistem pintar i-DCD ini diaktifkan.

Sebaik memasuki lebuh raya, penulis mula meningkatk­an kelajuan supaya tidak tercicir dengan kumpulan media lain.

Menariknya, pandu uji kali ini turut disertai Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial yang memandu jentera sport kompak dua tempat duduk berkuasa turbo, Honda S660.

Pemanduan di lebuh raya juga lancar walaupun terpaksa mengharung­i hujan hampir sepanjang perjalanan, kesan daripada Taufan Lan.

Walaupun memandu di lebuh raya dan situasi jalan adalah lengang, media dimaklumka­n mengenai had kelajuan ditetapkan dan berwaspada dengan kamera had laju.

Setiap model i-DCD dibekalkan bersama transmisi dual klac tujuh kelajuan dan penulis tidak merasai sebarang kesan ‘tersenggut’ setiap kali pertukaran gear sama ada ketika mendaki atua memintas kenderaan berat.

Tahap disiplin pemandu kenderaan berat di negara matahari terbit ini sangat mengagumka­n penulis apabila mereka hanya memonopoli laluan kiri dan tidak berganjak ke lorong kanan walaupun lengang.

Sejurus tiba di Yamanashi, keadaan cuaca bertambah buruk dengan hujan lebat dan angin kencang melenyapka­n permandang­an indah Gunung Fuji.

Kami terus memandu sehingga ke 5th Station untuk menikmati suasana di kaki gunung yang terkenal di dunia itu, namun malangnya kawasan berkenaan terpaksa ditutup pihak berkuasa akibat cuaca buruk.

Konvoi kemudian berpatah balik dan pulang ke hotel di Yamanashi.

Jika sebelum itu kuasa jentera diperah untuk mendaki laluan bengkang bengkok, kini enjin sekali lagi terpaksa bekerja keras ketika menuruni laluan berbukit.

Sepanjang memandu melayan selekoh di kaki bukit ini, minda penulis sentiasa teringat mengenai aksi drift dalam filem Initial D.

Keesokan hari, keadaan

 ??  ?? PENGAMAL media tempatan mema ke 5th Station, Gunung Fuji dalam keadaan hu
PENGAMAL media tempatan mema ke 5th Station, Gunung Fuji dalam keadaan hu
 ??  ?? KONVOI berhenti untuk bergambar di lokasi tinjau sekitar Gunung Fuji.
KONVOI berhenti untuk bergambar di lokasi tinjau sekitar Gunung Fuji.
 ??  ?? HONDA S660 antara model idaman kaki kereta di Jepun.
HONDA S660 antara model idaman kaki kereta di Jepun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia